Oleh : Humaira Bhakra
Manusiawi,
Istilahnya tidak selalu didengar.
Apatah lagi insan yang bersifat sedemikian.
Tidak selalu.
Keinginan menjadi bangsa bermartabat itu tidak pernah pudar.
Semua mahu begitu.
Pelbagai perang ideologi kita dengar.
Demi keinginan bersaing di mata dunia.
Masing-masing punya hujah dan ingin menang.
Mengejar duniawi.
Sehingga terlupa nilai insani.
Lupakah? Atau hilang?
Persaingan sesama manusia seperti bukan lagi manusia.
Keruntuhan nilai manusiawi.
Individualis.
Hari demi hari,
ada perut yang kosong.
Bukan jauh, di negara sendiri.
Ditanya pula, “Mengapa tidak kerja?”
Dia menjawab dengan persoalan juga, “Bisakah kerja?”
Disalahkan.
Tapi keadaan menghimpit mereka.
Sekeping kad tiada, punah.
Tapi mengapa,
kerna sekeping kad juga wujudnya perbezaan kedudukan sesama manusia.
Padahal, kita sama saja.
Manusia.
Tapi melihat mereka rendah,
seperti bukan manusia.
Mengapa?
Tidak layakkah dilayan seperti manusia?Sekurang-kurangnya dilayan seperti manusia.
Tidak lagi, kerna manusiawi sudah hilang. Mengapa?
Tidak layakkah dilayan seperti manusia?
Sekurang-kurangnya dilayan seperti manusia.
Tidak lagi, kerna manusiawi sudah hilang.
Bukan kerna tiada kesedaran,
Tapi manusia memilih untuk tidak peduli.
Manusia itu jika mulia, akan semulia umpama nabi dan rasul.
Tapi manusia itu jika hina, sehina dikutuk seluruh alam.
Maka,
Jadilah sebaik-baik manusia,
Insani.
Manusiawi.