Oleh: Mohd Rosyaidi

Alif Ba Ta,
tidak semudah susunan itu pengertian agama,
melihat tetapi buta,
umpama begitulah agama diertikan.

Agama layaknya untuk berkasih-kasih,
tetapi agamalah dijadikan senjata bermomokan-momokan,
agama itu harusnya diertikan secara lembut dan kasih,
namun agamalah merupakan alat ketakutan.

Di manakah ajaran cucu teragung Adam?
Yang menekankan kasih dan sayang dalam sampaian.

Ya,
agama layaknya digelar saja sebagai candu ketakutan,
sebaran-sebarannya melalui kepentingan dosa,
tidak lagi untuk mencari kebaikan.

Ya,
agama itu hanya difahami para ilmuwan yang tidak boleh disangkal,
tiada yang boleh persoalkan cara agama itu diertikan,
kerana merekalah pembawa-pembawa cop mohor para nabi.

Namun ingatlah,
bukan agamanya,
tetapi pembawa dan penerimanya.

Agama?
Kasih sayang atau momokan?
Bukan agama,
mereka yang tahu agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *