Author: adi helmi
-
Curiga Dengan Poji
Oleh: Hafal Abu Cerita menarik adalah kali ketiga ketika Poji mengalaminya. Yang kali pertama dan kedua itu tidaklah setanding dengan cerita yang ketiga ini. Maka dengarlah kisah si Poji, seorang lelaki yang baik orangnya kalau ikut kata orang tua. Berambut pendek dan halus kerintingnya. Wajahnya pula licin dari segala batuan. Berkulit sawo matang. Tingginya pula…
-
Seorang Janda Dari Bairro da Boavista
Oleh: Syed Ahmad Fathi Dikisahkan oleh D’Amato dalam kitabnya berkenaan dengan Revolusi Portugis pada tahun 1975, keluarga-keluarga miskin di sebuah pekan kecil Bairro da Boavista yang terletak di pinggir Lisbon berpindah masuk ke satu kawasan perumahan yang dibiarkan kosong selama tiga tahun. Sebuah pasukan tentera diarahkan untuk mengosongkan semula perumahan tersebut dan menghalau penduduk miskin…
-
Di Belakang Tabir Kes SFI yang Belum Selesai
Oleh: Farahani R Sabah Forest Industries, atau lebih dikenali dalam kalangan orang Sabah sebagai kilang kertas Sabah. Berdekad lamanya, industri kertas adalah industri yang laku. Di Sabah sendiri, keupayaan Sabah mengeluarkan kertas jenama tempatan bukan sahaja membanggakan warga Borneo malah ia menjimatkan ramai pihak. Di sekolah, di rumah, di kedai – jarang saya melihat ream…
-
|Puisi| Wanita dan Bangun Pagi
Oleh: Melur dan Bias Wanita dan bangun pagi, tidak mengapa, faham. Aku angguk, kenapa dia membencikan, tembakau dan candu. Udara ini tidak akan lagi segar, rumput dan embun. Seperti selalunya. Wanita dan bangun pagi, tidur lena sebentar, faham. Aku angguk, kenapa dia suka berteriak tengking. Subuh itu rezeki. Wanita dan bangun pagi, tidak mengapa, kalau…
-
Apa yang Kita Boleh Belajar dari Starbucks?
Oleh: Farahani R Pada masa penulisan ini, saya sedang duduk dengan selesanya ditemani burger yang saya curi-masuk ke outlet Starbucks KKIA dan segelas tinggi Iced Caffe Mocha. Mungkin ada yang sedang membaca tulisan ini terkejut, “Wow, kaya… duduk di Starbucks…” ataupun mungkin, “Wow, dia minum Starbucks. Ndak sangka minum Starbucks juga”. Jujur, diri saya 5…
-
Kita Sebenarnya Sudah Tahu Kita Rasis
Oleh: Farahani R Ramai yang sedar, tapi tidak ramai yang berani menyatakan ataupun menukilkan kenyataan ini: Kita sebenarnya sudah tahu kita rasis. Tulisan ini tidak lahir dari hati yang buruk dan busuk. Saya nasionalis Sabah yang lahirnya di tanah bawah bayu dan tidak pernah menetap lama di luar negeri. Sepanjang hidup, saya nomadik; saya membesar…
-
Hipokrasi Teriak ‘Hidup Tambadau’
Oleh: Farahani R Kemenangan pasukan Sabah dalam Liga Perdana adalah suatu momen indah untuk warga Borneo. Fakta ini dikongsi-gembira oleh semua, termasuklah saya. Walaupun ketika itu, saya tidak berdiri lencun bersama Ultra Tambadau dan saat mereka dikalungkan gelar juara di Stadium Likas minggu lalu. Berpusu-pusu mengucapkan tahniah. Menyatakan bangga mereka. Hal ini hal biasa. Namun…
-
Kita, Dewasa, dan Warna-Warna Pudar
Oleh: Hafal Abu Life was much simpler back then. Kawan, kita berbaring di atas tar hujung padang bola sepak tanah paya ramai-ramai melihat pada bintang dan bercerita entah tentang apa. Tentang ke mana tuju kita selepas sekolah. Tentang ragbi siapa bakal wakil kelak. Tentang hal-hal bodoh di asrama. Bila bosan di tengah malam, kita berlarian…
-
|Puisi| Hikayat Pujangga yang Terpaksa
Oleh: Rien Sd Saya terjatuh ke dalamnya, menguak langsir di celah kelangkang, menutupi segala kebohongan dengan pujangga yang rangkap-rangkapnya sekemas rima, sebatang sungai kecil yang mengalir di alur pemikiran, merembes di tebing perasaan yang tergusur banyak kekunci musik menyusur, dari buluh kegundahan lalu menyumbat rebungnya. Sesekali penyair itu hanyir, jampi serapahnya basi tak lut disua…