Kenapa Sabah akan Terus Miskin?

Oleh: Jefry Musa Baru-baru ini saya telah ditemubual oleh wartawan daripada Utusan Borneo sekitar permasalahan dokumentasi di Sabah. Dalam temubual itu saya ada menekankan bagaimana naratif masalah dokumentasi ini lebih tertumpu kepada perbincangan keselamatan daripada kesan kepada ekonomi, terutamanya pada tingkat gaji penduduk di Sabah. Namun timbul sedikit rasa bimbang akan kenyataan saya itu ditafsir […]

Oral Polio Vaccine (OPV) untuk anak-anak Sabah

Oleh: Nur Huda Polio kembali lagi! Benar. Ini bukan cobaan. Ini benar-benar berlaku. Anda tidak salah dengar. Berlaku di negara kita -Malaysia, menjelang tahun 2020, tahun yang penuh wawasan. Ketika mendapat khabar tentang kes jangkitan polio di negara jiran kita Filipina, kita sudah boleh menduga, cepat atau lambat, ia akan sampai ke tempat kita juga. […]

Hikayat Badak Sumatera Tiga Sekawan

Oleh: Nur Huda Tarikh 23 November 2019 akan dikenang oleh warga konservasi hidupan liar apabila Iman, badak Sumatera betina terakhir di negara kita telah mati pada pukul 5.35 petang, di Borneo Rhino Sanctuary  di Tabin, Sabah. Kematian Iman mencatatkan sejarah kepada negara kita di mana pada tarikh ini, dengan rasminya badak Sumatera telah pupus sepenuhnya […]

Memahami Kelompok yang Enggan Bernegara Malaysia

Oleh: Farahani R. Isu ini pedas untuk diperkatakan, sehinggakan saya teragak-agak menulis isu ini pada mulanya. Kes kelompok yang enggan berdiri hormat ketika lagu Negaraku didendangkan menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Ramai marah dan mengecam tindakan ini, dan ini membawa saya semula ketika pemain bola keranjang berkulit hitam di Amerika juga enggan berdiri hormat ketika […]

KENYATAAN RASMI CAHAYA SOCIETY

RESPON KEPADA KENYATAAN YB MENTERI PENDIDIKAN BERSANGKUT ISU KANAK-KANAK TANPA DOKUMEN DI SABAH Merujuk kepada kenyataan YB Dr. Maszlee Malik (Menteri Pendidikan Malaysia) yang diterbitkan dalam Berita Harian pada 3 Oktober 2019 sempena sesi town hall bersama warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS. Cahaya Society menyambut baik kesungguhan kerajaan dalam mendepani isu […]

“Damn the Dam!”: Pergelutan TAKAD dan Kerajaan Sabah

Oleh: Farahani R. Saya rasa orang Sabah patut tahu dan ambil peduli kisah ini, sebagaimana kita peduli hal Zakir Naik mutakhir ini. Malah, tidak segan saya menggunakan istilah ‘pergelutan’ kerana ia sudah berlanjutan dalam tempoh yang sangat lama. Meskipun tidak bertumpahan darah (belum lagi), kita harus tahu bahawa kisah pembangunan melawan kemajuan bukan lagi satu […]

3 Tip Backpacking ke Kota Kinabalu daripada Orang Tempatan

Oleh: Farahani R Anggaplah ini tip pelancongan daripada saya yang sudah lama tinggal di Kota Kinabalu dan membesar bersama Kota Kinabalu. Saya himpunkan pemerhatian saya sebagai tip untuk memudahkan para backpackers menikmati Kota Kinabalu seperti seorang tempatan. 1. Biasanya saya boleh kategorikan dua jenis ‘tempat menarik’ di Sabah: alam semula jadi dan alam sejarah. Di […]

Selamat Datang Ke Malaysia, Orang Borneo!

Oleh: Farahani R Malaysia. Kita boleh memilih untuk bertengkar pasal Perjanjian Malaysia 1963, dan peristiwa belakang tabir yang berlaku antara kepala pemimpin Borneo dengan Tunku Abdul Rahman pada waktu itu. Kita boleh memilih untuk bertelagah pasal hak-hak istimewa yang dipersetujui Persekutuan Tanah Melayu dengan koloni Borneo. Kedua-dua perkara ini tidak begitu sulit untuk dibicarakan kerana […]