Beg itu Masalah Kamu Sekarang
Oleh: Aakmal Yusop Daud sedang menunggu di pondok bas. Bas yang terakhir sudah berlalu dua jam lalu. Dia menggigil, menoleh ke kiri, kemudian ke kanan. Dia melihat telefon pintarnya. “Ish, mana orangnya ini?” Dia masih menggalas beg galasnya, walaupun klip pengikatnya tidak dipasang. “Kenapalah aku lupa jaketku?” Dia masih memandang ke hadapan apabila dia dapat […]
Anas dan Falsafah Cinta
Oleh: adiHJ Anas ialah seorang aktivis yang radikal. Resumenya sarat dengan kegiatan aktivisme yang melayakkan dia bekerja di syarikat aktivis bertaraf antarabangsa (kalau ada). Tapi, semakin banyak kegiatan aktivis yang dia ceburi, semakin dia menjadi selektif. Contohnya, kalau ada remaja buat demo pasal kenaikan harga minyak, dia tidak akan ikut. Tapi, kalau ada remaja yang […]
Kawan, Kelapangan itu Seperti Keranda yang Menghantui Hari-harimu
Oleh: adiHj Semalam waktu makan malam bersama rakan, dia cerita tentang bagaimana nasi itu sebenarnya memudaratkan kesihatan. Panjang lebar dia bercerita tentang kebaikan oat berbanding nasi. Salah satunya, yang engkau ingat, kandungan karbohidrat dalam nasi itu tinggi. Jadi ianya membahayakan. Engkau hanya diam sambil menikmati nasi goreng ikan bilis yang sejak pagi lagi engkau idamkan. […]
Melati
Oleh: adiHJ “Kalau boleh, aku mau jadi artis”, kata Melati kepada Rena pada malam itu. “Artis? Ok lah tu, kau ni tinggi, badan langsing, cantik lagi. Kalau aku tinggi macam kau, aku pun mau jadi artis”, balas Rena. “Jadi, kalau kau, kau mau jadi apa?” “Kalau aku, polis. Sebab aku suka aktiviti lasak” “Polis?” “Yasss, […]
Ditampar Ikan
Oleh: Aakmal Yusop Pasar ikan Kota Kinabalu hiruk-pikuk dengan suara penjual dan pembeli ikan. Pembeli menanya harga, cara memasak, serta bila ikan sampai, dan dijawab dengan keramahan penjual. Penjual mengharap ikan mereka dibeli pada hari itu, dan sudi melayan cerewetnya para pembeli. Stephen berjalan menjenguk ikan-ikan segar yang terpampang di depannya. Seorang penjual menyiram air […]
Sains Menghina Seni (Bahagian 2)
Oleh: Mohd Rosyaidi Mana mungkin, pertama kali memijakkan kaki ke tempat ini terus seperti kena panahan cinta kepada seorang bidadari. Terasa senang akan suasana di fakulti ini. Melihat pelbagai kelibat yang bersosial, berkomunikasi dan bertelingkah dengan sangat ramah sekali sesama sendiri. Suasana yang sangat jauh berbeza di fakulti sains tempat berkabungnya para mahasiswa yang dikatakan […]
Sains Menghina Seni (Bahagian 1)
Oleh: Mohd Rosyaidi Secara umumnya, kebanyakan pemikiran di sekeliling kita menganggap seni itu berada di kelas bawahan dan tiada masa depan. Jika di gedung-gedung ilmu, jurusan seni itu adalah pilihan terakhir buat keramaian mahasiswa. Apa-apa sahaja berkaitan dengan jurusan seni yang didapati di gedung-gedung ilmu juga dilihat sebagai sesuatu yang hina, tiada masa depan dan […]
Satu KK Mati Air
Oleh: Aakmal Yusop Datuk Skleros Magunatip sedang menikmati air dingin yang membasahi badannya. Kenapa orang putih suka dengan air panas, adakah negara mereka terlalu sejuk seperti dalam peti sejuk? Dia mula bersiul, diujakan oleh air yang menggigilkan badannya. Namun pancuran itu makin lemah, hingga ia hanya tinggal titisan menitik-nitik. Datuk Skleros memukul-mukul kepala pancuran air, […]
Babak Di Bawah Bayu
Oleh: Sabir Syarifuddin “Mak, kenapa kita tinggal di sini?” Ibunya yang duduk bersila menadah tangan di hadapan pintu kaca hanya mendengar tapi jasadnya masih sibuk mengharap sesuatu daripada mereka yang lalu-lalang. Di atas riba beralaskan ‘Drinking Water (1500ml)’ itu sekali lagi dia bertanya. “Mak! Kenapa kita tinggal di sini?” kali ini ianya agak kedengaran keras […]
Spiritual Seorang Darda
Oleh: Rien Sd “Mendengar muzik itu bahkan kadangkala lebih fardhu daripada solat lima waktu.” Mata mereka serentak mengintai senja yang hampir menghapuskan kelibatnya di dinding langit. Jarum waktu dipantau dengan rapi, malam kelam akan berkunjung membungkus awan dan bintang. Mereka perlu bersurai, menggulung tikar alas dan menyumbat pakaian basah ke dalam plastik. Pantai Irama hampir […]