BELASUNGKAWA ANGIN DINGIN

Oleh: Ziham Zawawi Mazlan Bermusim pun yang berlalu, angin dingin, kau tetap ku rindukan. Dua tiga hari lagi atau mungkin sepekan lagi, angin dingin pasti terngiang – ngiang di kulitku. Aku kira itu sudah pasti akan dapat dilupakan dalam sebulan dua. Namun, itu hanya kemungkinan. Yang belum jelas. Kabur. Dibatasi bayangan realiti. Bahagia, penyesalan, kedewasaan, […]

PEN DAN KERTAS

Oleh: Hafizairi Sewaktu kem latihan pra pekerjaan kena masuk hutan dulu, ada satu sesi berkumpul selepas waktu makan malam. Sebelum tu pelatih mengingatkan peserta untuk bawa bersama PEN DAN KERTAS. Duduk berhimpun dalam gelap di tengah tanah lapang. Maka bermulalah ucapan motivasi meluap-luap yang menyentuh semangat diri, keluarga dan negara yang kadangkala melebihi garisan sedar. […]

BORNEO DAN ‘PERSOALAN NASIONAL’

Oleh: Farahani Rosman ‘Kesedaran palsu’ yang dicernakan ini perlu dipecahkan agar kita dapat menyentuh isu-isu kritikal dan membina. Ruang-ruang fikir yang terbina semakin selesa, dan sudah tidak kondusif untuk pertumbuhan intelek kritikal dan membumi. – Farahani Rosman Dibelek buku Hishamuddin Rais, ditelek depan-belakang. ‘Persoalan Nasional’, judulnya. Bertahun-tahun saya dambakan buku itu. Sekarang baru saya berkesempatan […]

INTEGRITI SEORANG WIRA

OLEH: MUHAMMAD HAKIM BIN IRMIE YUHAZNI Sebenarnya sehingga ke detik ini, aku masih hairan dan musykil sama ada aku layak dilahirkan di tanah ibu pertiwi, Malaysia. Terdapat satu persoalan yang sering menghantui fikiranku iaitu “Apakah perkara yang telah kusumbangkan kepada rakyat Malaysia bagi memastikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap sesuatu?”. Aku masih dibelenggu persoalan itu dan […]

Levi Strauss Strukturalisme & Teori Sosiologi: Christopher R. Badcock (2008)

Oleh: Jiji Vsop “Domain positivis dalam kemajmukan ranah antropologi & linguistik sebagai sebuah tatanan keilmiahan” Berbicara mengenai Levis Strauss, sosok ini juga merupakan pahlawan-pahlawan besar dalam bidang sosiologi. Sosok ini, begitu masyhur di Barat pada tahun 1960-1970an. Di Indonesia, dalam kalangan ilmuwan sosial-budaya, nama Levis Strauss ini juga tidak dipinggirkan, yang mana jejak-jejaknya begitu kuat […]

Solidariti untuk Palestin

Oleh: Huda Toha Memberi jubah hakim kepada penjajah dan menyangka mereka untuk menegakkan keadilan adalah satu perkara fantasi, kerana sikap menjajah itu sendiri tidak akan pernah boleh dikaitkan dengan adil, percaya dan tanggungjawab. Tetapi, ini adalah realiti yang berlaku di tanah Palestin; kepercayaan dunia diberikan kepada musang untuk menjaga reban ayam. Dipaksa untuk meninggalkan rumah […]

Sejarah Buku Berbentuk Paperback

Oleh: Syed Ahmad Fathi Apa itu buku? Mungkin objek pertama yang kita boleh katakan sebagai buku mungkin adalah Mesoamerica Codex pada tahun 1,000 AD, yang merupakan kumpulan helaian kertas yang dicantum bersama. Atau mungkin kertas-kertas yang pertama kali dicipta oleh tamadun purba China. Tapi sejarah pembukuan pertama kalinya direvolusikan oleh Johannes Gutenberg pada pertengahan abad […]

Kenapa Black Lives Matter penting di Malaysia?

Oleh: Farahani R. Satu kesyukuran saya panjatkan buat anda jika anda belum menonton rakaman klip video yang asli, memaparkan saat-saat akhir George Floyd hidup di dunia ini. Lebih malang, kematiannya disudahi dengan wajahnya tersembam di muka bumi, di bawah lutut seorang berkulit putih. Mungkin di Malaysia, kita gagal melihat sebarang corak persamaan sepertimana yang berlaku […]

Seribu Impian Yang Menyalakan Sebatang Lilin

Oleh: Syed Ahmad Fathi Apa yang membuatkan seorang ibu yang penat berkerja sepanjang hari, kemudian balik ke rumah menjaga anak-anak, memasak dan membasuh baju, kemudian setelah anak-anaknya tidur, dia menyalakan lilin untuk menulis novel? Apa yang membuatkan seorang pemuda yang bekerja tiga pekerjaan sehari, dari pagi hingga ke malam, kemudian memberikan hampir semua hasil titik […]

Kegagalan yang Paling Besar Manusia: Bukan Menyusun, tetapi Membaca (Iqra’)!

Oleh: Jefry Musa Perbincangan ini aku fikir semakin tidak mempunyai arah. Aku mendakwa aktivis meromantisme makna ‘demokrasi’, hujah ini dibalas dengan mendakwa aku terlalu idealis. Sedangkan romantisme dan idealis itu adalah dua sifat yang sama – mengkhayalkan dan seronok. Aku mengingatkan jangan meremehkan peranan pihak-pihak yang lain, aku pula dituduh meremehkan peranan artis. Sebenarnya artis […]