Tanggal Empat Bulan Satu

Oleh: Noor Tengah hari itu agak mendung. Angin dari Laut China Selatan laju menderu membawa puji-pujian dan doa-doa suci yang dipanjatkan oleh anak-anak Sekolah Alternatif Teluk Layan. Beralaskan tikar getah, tengah hari itu kami solat berjemaah di sekolah berimamkan Azpar, anak cerdas dari kelas A. Samad Said yang berumur 15 tahun. Suasana damai bersama bunyi […]

Tentang Keusahawanan Sosial

Oleh: Aakmal Yusop Berapa bulan sudah para graduan UMS tahun lalu berjaya menggenggam sepapan ijazah dan sejambak bunga, yang mungkin ada lebih teddy bear hinggap di kalangannya. Adakah anda sudah mengerjakan sesuatu? Atau adakah anda sudah mempunyai kerja? Atau anda dimalangi statistik dan mendapati diri anda adalah sebahagian daripada 3.3% rakyat Malaysia yang tidak mempunyai […]

Satu Idea Memerlukan Dua Sayap

Oleh: Syed Ahmad Fathi Malam itu Seetal datang ke mejaku. Mungkin dia bosan, atau mungkin dia sudah mengantuk jadi dia mencari kawan untuk berbual bagi menghilangkan rasa mengantuknya. Aku pun tidak banyak kerja berbaki, jadi aku layankan sahaja. Kerja shift sebelah malam sehingga dua pagi memang mengantuk, terutamanya dua jam terakhir, sampai bilik sewa pasti […]

Fahamkan Gelisah ‘Ok Boomer’

Oleh: Farahani R. Artikel ini ditulis saat angin bayu menerpa-nerpa, mendinginkan keringat milenial dan generasi Z yang hampir sedekad dihina serendahnya oleh media. Saya tidak pasti sama ada penulis opini dan kolumnis memang punya gambaran peribadi bahawa milenial ini pemalas, atau sekadar tarik trafik ke laman web mereka. Mereka kerap menggambarkan milenial miskin dan bodoh […]

Perjalanan

Oleh: Noor Aku perlahan-lahan menutup buku latihan Bahasa Melayu Tahun 1, sambil mengemas barang-barang mengajar yang merata-rata di atas meja belajar. Anak-anak murid kelas A Samad Said juga sibuk mengemas barang-barang mereka. Kelas Bahasa Melayu pada hari Sabtu minggu kedua September baru sahaja tamat. Cuaca di Teluk Layan terik seperti biasa tetapi ia datang bersama […]

Seorang Janda Dari Bairro da Boavista

Oleh: Syed Ahmad Fathi Dikisahkan oleh D’Amato dalam kitabnya berkenaan dengan Revolusi Portugis pada tahun 1975, keluarga-keluarga miskin di sebuah pekan kecil Bairro da Boavista yang terletak di pinggir Lisbon berpindah masuk ke satu kawasan perumahan yang dibiarkan kosong selama tiga tahun. Sebuah pasukan tentera diarahkan untuk mengosongkan semula perumahan tersebut dan menghalau penduduk miskin […]

Di Belakang Tabir Kes SFI yang Belum Selesai

Oleh: Farahani R Sabah Forest Industries, atau lebih dikenali dalam kalangan orang Sabah sebagai kilang kertas Sabah. Berdekad lamanya, industri kertas adalah industri yang laku. Di Sabah sendiri, keupayaan Sabah mengeluarkan kertas jenama tempatan bukan sahaja membanggakan warga Borneo malah ia menjimatkan ramai pihak. Di sekolah, di rumah, di kedai – jarang saya melihat ream […]

Hobbesian & Projek Tambakan Laut Pulau Pinang

Oleh: Syed Ahmad Fathi Menurut idea Thomas Hobbes, keberadaan sesebuah negara atau pemerintahan adalah bagi memastikan peperangan dapat dielakkan. Hobbes merupakan ahli falsafah Inggeris yang sering dianggap sebagai pengasas falsafah politik moden. Pemikiran beliau ditulis dalam bukunya Leviathan, diterbitkan pada 1651 yang membincangkan formulasi teori kontrak sosial. Idea Hobbes ini selari dengan idea demokrasi liberal […]

Mengapa Perlu Menulis dan Menerbitkan Penulisan?

Oleh: Syed Ahmad Fathi “Inc danke dir fur all das Gute und Liebe und Schone” adalah ungkapan yang paling saya ingati ketika membaca diari yang ditulis oleh gadis berusia 13 tahun, Annelies Mary Frank yang membawa maksud “Terima kasih Tuhan, untuk semua perkara yang baik dan disayangi dan cantik”. Walaupun hidup terkurung di bahagian atap […]

Apa yang Kita Boleh Belajar dari Starbucks?

Oleh: Farahani R Pada masa penulisan ini, saya sedang duduk dengan selesanya ditemani burger yang saya curi-masuk ke outlet Starbucks KKIA dan segelas tinggi Iced Caffe Mocha. Mungkin ada yang sedang membaca tulisan ini terkejut, “Wow, kaya… duduk di Starbucks…” ataupun mungkin, “Wow, dia minum Starbucks. Ndak sangka minum Starbucks juga”. Jujur, diri saya 5 […]