Kemanusiaan Ketika Undang-Undang Yang Tidak Menyebelahi Manusia (Di Sebalik Kisah Asia Bibi)
Oleh : Nurhuda Manshoor Selepas Malala, sekali lagi Pakistan mendapat perhatian dunia dengan kisah Asia Bibi, perempuan yang dihukum mati kerana kesalahan blasphemy. Pakistan mempunyai undang-undang untuk mengekang perlakuan blasphemy sebaik sahaja membentuk kerajaan sendiri setelah berpisah dari India. Dari 1967 hingga 2014, lebih 1300 orang telah disabitkan dengan kesalahan ini. Kepada yang tidak mengikuti […]
Kita Sebenarnya Sudah Tahu Kita Rasis
Oleh: Farahani R Ramai yang sedar, tapi tidak ramai yang berani menyatakan ataupun menukilkan kenyataan ini: Kita sebenarnya sudah tahu kita rasis. Tulisan ini tidak lahir dari hati yang buruk dan busuk. Saya nasionalis Sabah yang lahirnya di tanah bawah bayu dan tidak pernah menetap lama di luar negeri. Sepanjang hidup, saya nomadik; saya membesar […]
Meramaikan Profesional : Terbelakah Masyarakat Banyak?
Oleh: Nurhuda Manshoor Anak prasekolah yang mati lemas terjatuh dari jambatan menghentikan hari minggu saya. Banyak aktiviti yang dirancang untuk hari ini, tetapi saya duduk-duduk sahaja di rumah. Ada fikiran yang tidak beres bergayut di kepala. Ada perasaan rancu di hati. Bukan tentang anak itu, tapi tentang diri saya, tentang apa yang saya perbuat, tentang […]
Hipokrasi Teriak ‘Hidup Tambadau’
Oleh: Farahani R Kemenangan pasukan Sabah dalam Liga Perdana adalah suatu momen indah untuk warga Borneo. Fakta ini dikongsi-gembira oleh semua, termasuklah saya. Walaupun ketika itu, saya tidak berdiri lencun bersama Ultra Tambadau dan saat mereka dikalungkan gelar juara di Stadium Likas minggu lalu. Berpusu-pusu mengucapkan tahniah. Menyatakan bangga mereka. Hal ini hal biasa. Namun […]
SUPLEMEN; MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KESIHATAN?
Oleh: Nurhuda Manshoor Permintaan untuk suplemen/makanan tambahan meningkat di negara kita seiring dengan tumbuhnya cendawan usahawan produk-produk berkaitan makanan kesihatan. Pengguna cuba untuk memanjangkan jangka hayat dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik. Usahawan menggunakan kesempatan ini untuk menghasilkan pelbagai produk, meningkatkan jualan dan memastikan keuntungan berganda. Dipercayai makanan harian kita pada hari ini tidak […]
Masyarakat Melawan Elit
Oleh: Nurhuda Manshoor Cerita guru merotan pelajar telah reda. Seolah-olahnya perkara sebegini tidak pernah berlaku, masyarakat gegak gempita bergocoh berlawan dengan hujah betul-salah, membawa ke tengah pegangan moral masing-masing. Tahun-tahun sebelum ini juga perkara sebegini telah banyak kali berlaku, berulang-ulang. Kita tidak maju walau selangkah dalam menemukan titik sefahaman. Untuk kedua-dua pihak bersetuju dengan satu […]
Malnutrisi Dalam Kalangan Kanak-kanak
Oleh: Nurhuda Manshoor Misteri yang menimpa orang asli suku Batek di Sg. Koh telah terjawab. Perkara ini mendapat perhatian ramai bukanlah semata-mata kerana kebajikan mereka, tetapi juga kepentingan-kepentingan yang datang bersama mereka. Kematian disebabkan penyakit misteri seperti ini bukanlah satu-satunya yang pernah berlaku di negara kita. Banyak kematian-kematian misteri yang berlaku secara terpencil, yang sampai […]
Ren Zhengfei – Jurutera Huawei yang Melawan Hegemoni Amerika
Oleh: Syed Ahmad Fathi Politik Amerika sekian lama didominasi oleh sistem dwi-parti yang menyebabkannya tersepit untuk memilih antara dua pilihan sahaja, sama ada republikan atau demokrat. Keterbatasan pilihan ini merosakkan demokrasi Amerika, mereka seolah-olah mempunyai pilihan, tetapi pilihan mereka hanyalah barisan elit dari dua parti, natijahnya mereka menukar presiden tetapi polisi jarang diusik. Akhirnya pada […]
Membentuk Selera Makan Anak-Anak
Oleh: Dr Fatimah Salim Harini saya ingin kongsikan bagaimana kita sebagai ibu boleh membentuk selera makan anak-anak agar mereka memperoleh nutrisi yang sepatutnya dan di masa yang sama, tidak perlu paksaan. Menjadi ibu yang suka memasak dan dianugerahkan pula anak-anak yang cerewet telah memotivasikan saya menjadi seorang yang kreatif dan inovatif dalam menyediakan menu masakan. […]
Sisi Gelap Kopi Luwak
Oleh: Naim Fahmi Maaf, perkongsian saya tentang kopi kali ini mungkin agak kontroversi. Mungkin ada pengusaha dan penggemar yang sinis. Umumnya, kopi ini merupakan antara termahal di dunia. Harga bagi secawan kopi luwak di Amerika Syarikat mampu mencecah USD 80. Ia dipopularkan sejak era-Tanam Paksa Kolonial Belanda di Indonesia. Sebelum ini, sudah saya ceritakan bagaimana […]