|Puisi| Kira-kira
Oleh: Fazrul Azril Ke kiri aku dikira tidak berTuhan ke kanan aku dikira kapitalis ke Tuhan aku dikira ekstremis ke jalanan aku dikira murahan. Begitulah kalian membezakan langsung tidak dibiar sihat keberagaman lihat saja warna meski beragam semua diguna apa bukan kita ini juga sama dititipkan sedikit ilmu dan dibiarkan mewarnakan dunia? Catatan-catatan […]
|Puisi| Sisa-sisa Yang Tertangguh
Oleh : Redo Sedang langit terang berubah menjadi gelap malam ketika itulah cahaya bulan menggantikan cahaya matahari sedang bintang tidak bersinar kelip kadang awan mendung seakan membawa hujan ketika itu juga bahangnya malam bertukar riuhnya dingin. Sekalipun hati itu penuh pilihan hanya diri sendiri menyimpan jawapan sekalipun akal itu membawa hati ilmu dan […]
|Puisi| Memujuk Pemerintah Yang Kecewa
Oleh: Akmal Sembah Menteri Terpilih Dua Kali! Sembah Fir’aun Tidak Termahkota! Sembah Pencipta dan Pemusnah Haluan Negara! Sembah dari Penganggur Tidak Dinilai! Hamba mendengar akan masyghulnya tuan patinggi, Hantaran laporan orang asing turun ke tanah, Habis semua pelusuk kotornya disemah, Hiba semua cerita si terpinggir di sana atau sini. Bukankah agung usaha […]
|Puisi| Memujuk Pemerintah Yang Kecewa
Oleh: Akmal Sembah menteri terpilih dua kali! sembah Fir’aun tidak termahkota! sembah pencipta dan pemusnah haluan Negara! sembah dari penganggur tidak dinilai! Hamba mendengar akan masyghulnya Tuan Patinggi hantaran laporan orang asing turun ke tanah habis semua pelusuk kotornya disemah hiba semua cerita si terpinggir di sana atau sini. Bukankah agung usaha Sang Kemiskinan […]
|Puisi| Konkrit Bisu
Oleh: Fazrul Azril Alam ini tidak pernah membenci, tidak pernah merintih, malah, menyayangi kita, kita ketepikan kesakitan alam, kita tumbuhkan konkrit tebal dan tinggi, alam mulai diam, negeri mulai sunyi, apa lagi konkrit yang kau bina, semua diam dan membisu, menyaksikan kau musnah dibalas bencana. CATATAN CATATAN YANG DIKURUNG RASA MURUNG DAN SENDIRI TENTANG HAL […]
|Puisi| Menjadi Negara
Oleh: Fazrul Azril Luas laungan merdeka kalian, kita sudah beroleh negara sendiri, kita dukung kemerdekaan dari semenanjung ke borneo. Kita jadi negara! Kongsi suka dan bebas! Tetapi. Apa duka juga begitu? Apa duka borneo juga duka kita? Apa kemiskinan borneo juga miskin kita? Apa kemelaratan borneo juga dukungan kita? Apa merdeka cuma jeritan seragam satu […]
|Puisi| Aku dan Anjing
Oleh: Mohd Rosyaidi Pagi dan santai dengan segelas kopi menghirup manis pahitnya sambil kepala pusing memikirkan hari ini kudrat apa lagi mahu dilepaskan. Atas kerusi hitam badan lena menyandar menghirup sebatang tembakau melihat awan mendung tak rela hujan sambil bertanya Tuhan nasib diri. Seakannya Tuhan faham dan mengerti tiada istilah seakan jika untuk Tuhan kerana […]
|Puisi| Wanita dan Bangun Pagi
Oleh: Melur dan Bias Wanita dan bangun pagi, tidak mengapa, faham. Aku angguk, kenapa dia membencikan, tembakau dan candu. Udara ini tidak akan lagi segar, rumput dan embun. Seperti selalunya. Wanita dan bangun pagi, tidur lena sebentar, faham. Aku angguk, kenapa dia suka berteriak tengking. Subuh itu rezeki. Wanita dan bangun pagi, tidak mengapa, kalau […]
|Puisi| Hujan
Oleh : Mohd Rosyaidi Malam ini hujan datang hendak menemani kita-kita sedang menikmati nyaman di tepi-tepi ini. Melihat sosok-sosok seharian menggagah diri mencari suapan nasi untuk hari ini dan hari esok untuk diri mandiri. Hati mula sayu melihat hujan yang membasahi dan sosok itu berkemas laju supaya tidak dibasahi. Menyaksikan sambil berteduh […]
|Puisi| Impianku
Oleh: Achmad Fatkur Damailah di sana wahai lautan yang tenang tidurkan dirimu di atas pangkuan nelayan mereka tidak tidur mereka tidak makan keranamu mereka berserah. Hasil hari ini adalah untuk anak-anak mereka nasi kosong hanyalah santapan hari-hari jambatan kecil menjadi laluan selipar jepun kuning menjadi saksi setiap gerak langkah. Mereka bilang. Ayah aku ingin sekolah […]