“Damn the Dam!”: Pergelutan TAKAD dan Kerajaan Sabah
Oleh: Farahani R. Saya rasa orang Sabah patut tahu dan ambil peduli kisah ini, sebagaimana kita peduli hal Zakir Naik mutakhir ini. Malah, tidak segan saya menggunakan istilah ‘pergelutan’ kerana ia sudah berlanjutan dalam tempoh yang sangat lama. Meskipun tidak bertumpahan darah (belum lagi), kita harus tahu bahawa kisah pembangunan melawan kemajuan bukan lagi satu […]
3 Tip Backpacking ke Kota Kinabalu daripada Orang Tempatan
Oleh: Farahani R Anggaplah ini tip pelancongan daripada saya yang sudah lama tinggal di Kota Kinabalu dan membesar bersama Kota Kinabalu. Saya himpunkan pemerhatian saya sebagai tip untuk memudahkan para backpackers menikmati Kota Kinabalu seperti seorang tempatan. 1. Biasanya saya boleh kategorikan dua jenis ‘tempat menarik’ di Sabah: alam semula jadi dan alam sejarah. Di […]
Setahun Drama Ketua Menteri Sabah
Oleh: Naim Fahmi Drama yang orang Sabah tak dapat lupa pasca-PRU14 adalah ‘Drama Ketua Menteri’. Ini bukan kali pertama Sabah ada drama melibatkan Ketua Menteri. Cuma kali ini pelik sedikit sebab ada dua Ketua Menteri dalam satu masa. Sebelum drama antara Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) dan Datuk Seri Musa Aman (DSMA) pada tahun lalu, […]
Melawan Perobohan Rumah Penduduk Kampung Teluk Layang
Oleh: Wan Zawawi Kampung Teluk Layang Kampung Teluk Layang merupakan kampung angkat bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) terutama kepada mereka yang gemar melakukan kerja-kerja kesukarelawanan dan aktivisme dalam menjalankan misi kemasyarakatan. Kampung ini didiami oleh suku bangsa Bajau dan juga Suluk yang mana dalam suku bangsa Bajau itu terbahagi kepada beberapa suku bangsa Bajau […]
Selamat Datang Ke Malaysia, Orang Borneo!
Oleh: Farahani R Malaysia. Kita boleh memilih untuk bertengkar pasal Perjanjian Malaysia 1963, dan peristiwa belakang tabir yang berlaku antara kepala pemimpin Borneo dengan Tunku Abdul Rahman pada waktu itu. Kita boleh memilih untuk bertelagah pasal hak-hak istimewa yang dipersetujui Persekutuan Tanah Melayu dengan koloni Borneo. Kedua-dua perkara ini tidak begitu sulit untuk dibicarakan kerana […]
Sampah Di Perkampungan Atas Air?
Oleh: Mukmin Nantang Pada bulan Mei ini maka genaplah setahun saya tinggal di perkampungan atas air. Keputusan untuk tinggal di rumah atas air adalah untuk saya memahami sendiri keadaan, kebudayaan, sosioekonomi dan cara hidup penduduk di perkampungan atas air selain membangunkan Sekolah Alternatif buat anak-anak tanpa negara di sini. Saya mula membuat advokasi dan kepedulian […]
Catatan Buat Orang-orang
Oleh: Zawawi Awi Ramai orang ingin memberi bantuan kepada orang-orang di luar negara. Tapi orang tidak sedar bahawa di tempat mereka ada orang-orang yang senasib dengan golongan yang mereka ingin bantu. Atas dasar apa? Hak asasi manusia? Agama? Bangsa? Mahupun keturunan? Ya, tidak salah kita memberi bantuan buat golongan orang-orang yang ingin kita bantu sebab […]
Maszlee, Lepas Berak Jangan Lupa Basuh
Oleh: Jefry Musa Pada penghujung November tahun lalu, Maszlee selaku Menteri Pendidikan telah mengumumkan, bermula bulan Januari 2019, anak-anak tanpa dokumen dibenarkan untuk masuk ke sekolah milik kerajaan. Seperti juga soal kolam renang, kasut, 1MDB dalam silibus sejarah, PTPTN, UIAM dan lain-lain, Maszlee adalah juara apabila diberi mikrofon tapi sayang, beliau bukan seorang yang berhikmah. […]
Kempen RM 100 untuk Sekolah Alternatif Tawau
Terima kasih kami ucapkan kepada semua lapisan masyarakat yang sentiasa mendokong projek pendidikan Sekolah Alternatif sehingga semakin ramai anak-anak yang mampu merasai nikmat menjadi seorang pelajar sekolah seperti anak-anak lain. Kempen RM 100 adalah satu lagi inisiatif untuk mendanai kos enam bulan Sekolah Alternatif Tawau sebanyak RM 26,000. Oleh itu, kami sedang mencari 260 orang […]
Mengimaginasi Sejarah Sabah
Oleh: Farahani R. Ketika saya di UMS, saya dan kawan-kawan satu kursus sudah biasa dituba dengan soalan-soalan mengenai prospek masa hadapan dan jaminan kerjaya yang mungkin wujud dalam pembelajaran di kampus sepanjang tiga tahun ini. Selepas saya tamat tiga tahun pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sejarah), saya sudah terbitkan sebuah buku mengenai tokoh yang […]