Membaca Sapiens di Musim COVID-19
Oleh: Syed Ahmad Fathi Bagi saya secara peribadi, antara kriteria kebagusan sebuah buku itu adalah ia menyebabkan kita berhenti sekejap ketika sedang membaca, kerana ia memaksa otak kita berhenti membaca kemudian berfikir berkenaan apa yang diperkatakan, dalam bahasa Inggeris disebut to ponder. Biasanya ia akan terjadi secara automatik, buku boleh menyebabkan kita termenung sedih, termenung […]
PPSMI; lain yang rosak, lain yang dibaiki
Oleh: Nur Huda Memanjangkan tulisan Rahman Imuda, produk PPSMI yang gagal, juga menyorot semula tulisan professor tersohor, saya ingin menambahkan sedikit rencah ke dalam periuk. Setakat pembacaan saya di dalam riuh rendah perbahasan tentang PPSMI ini, saya dapati balas-membalas hujah ini akhirnya membawa kepada kesimpulan bahawa masalah sebenar ialah pelajar kita gagal menguasai bahasa Inggeris. […]
Falsafah Membaca
Oleh: Syed Ahmad Fathi Pada zaman dahulu, ketika aktiviti manusia masih primitif dan berlegar sekitar melengkapkan keperluan survival hidup, membaca bukanlah merupakan satu skil yang penting. Skil yang penting pada ketika itu adalah kebolehan memburu makanan, mengenal pasti buah yang tidak beracun, juga mengumpulkan tumbuhan yang boleh dimakan. Semakin lama manusia berubah, meninggalkan sistem nomad […]
Sistem Modular & Mengapa Nasionalisma Mungkin Ada Gunanya
Oleh: Syed Ahmad Fathi Jika hendak dirumuskan kitab Economyth tulisan David Orrell, saya akan katakan ia sebagai manifesto sistem ekonomi baru. Orrell mencabar aksiom-aksiom ekonomi konvensional yang masih berkiblatkan teori neo-klasikal yang sudah terbukti pada banyak ketika gagal menyelesaikan masalah manusia. Orrell yang merupakan ahli matematik mengkritik pemahaman ekonomi yang dilindungi oleh persamaan-persamaan matematik yang […]
Satu Idea Memerlukan Dua Sayap
Oleh: Syed Ahmad Fathi Malam itu Seetal datang ke mejaku. Mungkin dia bosan, atau mungkin dia sudah mengantuk jadi dia mencari kawan untuk berbual bagi menghilangkan rasa mengantuknya. Aku pun tidak banyak kerja berbaki, jadi aku layankan sahaja. Kerja shift sebelah malam sehingga dua pagi memang mengantuk, terutamanya dua jam terakhir, sampai bilik sewa pasti […]
|Puisi| Dari Terminal B
Oleh: Melur dan bias Menunggu jam bodoh menganggu tenteram. Sunyi dari terminal B beg bagasi bersandar menggigit kerepek ubi balut memecah sunyi. Tidak tahu bagaimana ada yang tidur lena seperti juga ada sama menghukum jam bodoh! Bila terlalu lewat… Terlalu cemas bingung menghentak kepala bila telefon kematian bateri perlu disambung fungsi. Baju telah siap pakai […]
Mengenali Pemikiran Rekaan (Design Thinking)
Oleh : Aakmal Yusop Pemikiran rekaan ialah salah satu kaedah pemikiran, di mana masalah yang wujud diselesaikan dengan membina satu rekaan untuk mereka yang mengalami masalah tersebut. Ia tidaklah semestinya bererti kita membina mesin yang boleh menyelesaikan masalah untuk orang sasaran dengan ajaibnya. Selalunya itu yang terjadi, namun, jawapan kepada pemikiran rekaan juga boleh menjadi […]
Fahamkan Gelisah ‘Ok Boomer’
Oleh: Farahani R. Artikel ini ditulis saat angin bayu menerpa-nerpa, mendinginkan keringat milenial dan generasi Z yang hampir sedekad dihina serendahnya oleh media. Saya tidak pasti sama ada penulis opini dan kolumnis memang punya gambaran peribadi bahawa milenial ini pemalas, atau sekadar tarik trafik ke laman web mereka. Mereka kerap menggambarkan milenial miskin dan bodoh […]
Pedofilia Sebuah Kecelakaan (4)
Oleh: Alip Moose BAHAGIAN AKHIR Ketiga, kita cuba menelusuri masalah serta isu pendidikan dan ilmu. Aku pikir inilah antara benda penting, yakni ilmu atau pendidikan. Tanpa ini, kemanusiaan akan statik, tiada progress, malah sama sekali bagaikan bukan benda hidup. Dengan ilmu juga apa saja akan pasti tidak mustahil. Dengan ketiadaan ilmu serta pendidikan, kerap, kebobrokan, […]
Terlalu Membaca Juga Buruk, Guy Montag
Oleh: Farahani R. Catatan pendek ini mungkin akan membangkit rona-rona marah, sesekali makian. Tunggu dahulu, Kapten Beatty ada benarnya. Terlalu membaca juga buruk, Guy. Aktiviti membaca ini sebenarnya adalah suatu amalan yang ekslusif. Tentunya ini tidak bermaksud, ia hanya untuk orang kaya semata-mata. Secara sejarahnya, buku adalah komoditi mahal dan tersirat grandeur buat sesiapa yang […]