OLEH: MUHAMMAD HAKIM BIN IRMIE YUHAZNI

Sebenarnya sehingga ke detik ini, aku masih hairan dan musykil sama ada aku layak dilahirkan di tanah ibu pertiwi, Malaysia. Terdapat satu persoalan yang sering menghantui fikiranku iaitu “Apakah perkara yang telah kusumbangkan kepada rakyat Malaysia bagi memastikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap sesuatu?”. Aku masih dibelenggu persoalan itu dan sehingga ke hari ini, aku tidak dapat menemui jalan yang benar bagi persoalanku itu. Namun, aku sering beranggapan bahawa jawapan kepada persoalanku itu pasti ada dekat disekelilingku. Aku teruskan pencarian jawapan kepada kemelut itu dan aku seakan-akan menghampirinya. Terdapat beberapa petunjuk yang telah ditunjukkan ilahi kepada diriku yang lemah ini iaitu terdapat orang disekelilingku sering sakit dan ada orang membantunya. Terdapat juga orang yang kecewa akan dirinya dan ingin berputus asa dengan membunuh diri tetapi berjaya dihalang oleh masyarakat di sekelilingku ini. Bukan setakat itu sahaja, orang yang kehilangan mata pencariannya dihulurkan bantuan tanpa mengira usia dan bangsa!

Aku masih buntu. Adakah ini jawapanku selama ini? Adakah ini yang dikatakan sebagai Malaysia Prihatin? Aku tetap berjuang bagi menggapai impianku iaitu mencari jawapan kepada persoalanku itu. Pernah suatu ketika aku didatangi seorang warga emas yang kelihatan dangkal. Dia menghampiriku lalu berkata, “Engkau boleh mencapai satu sasaran atau matlamatmu itu dengan hanya satu syarat, iaitu sentiasa percaya terhadap diri dan juga kata hati”. Betul kata warga emas itu. Sudah tiba masanya aku menukar strategiku. Bermula dari saat itu, aku mengorak langkah demi mencari jawapan dengan percaya akan diri dan gerak hati. Aku mulai sedar bahawa terdapat pelbagai laluan bagi menjawab persoalanku itu.

Rupa-rupanya seperti yang kusangka selama ini, amat dekat dengan diri aku.

Aku mula terbuka hati untuk memberi dorongan dan galakan terhadap rakan-rakanku, jiran dan juga masyarakat setempat agar sentiasa kuat ketika menghadapi sakit dan beban hidup yang teruk. Aku menasihati mereka agar tidak mengeluh dengan sebarang ujian yang diberi oleh Tuhan. Bukan itu sahaja, aku kini membuka “Akademi Pengurusan Emosi dan Mental” bagi membendung kebejatan sosial yang kini giat mencanak di negara kita. Tidak lupa juga kepada yang hilang mata pencariannya. Aku dengan segeranya memberi peluang pekerjaan kepada mereka untuk menampung diri dan keluraga tercinta.

Alhamdulillah, aku berasa gembira seolah terbang terawangan di sekian luas pelosok dunia. Jawapan kepada persoalanku sudah terjawab. Benarlah negaraku Malaysia Prihatin. Bukan sahaja kami memberi sokongan dari segi fizikal, malah turut memberi sokongan secara mental. Aku lebih yakin dan pasti tentang matlamatku lahir di Malaysia. Walaupun kusangkakan pasti ada tamparan ribut melanda, pasti ada sampan yang menghunus gelora. Kepewiraanku dan kesatriaanku ini pasti tersemat dikalbuku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *