“Terpaksa pilih hitam untuk hidup!”
Oleh: Mukmin Nantang
Sinopsis
Kompek Hitam merupakan sebuah adaptasi realiti kehidupan yang berlaku kepada masyarakat sekitar Daerah Tawau Sabah. Daerah Tawau terkenal dengan berbilang etnik yang berasal dari Negara Indonesia dan Filipina. Kisah ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang melarat kemiskinan. Acok merupakan seorang anak muda yang terpaksa menyara ibu dan adik perempuan setelah kematian bapanya. Ibu Acok sering saja sakit setelah kematian bapanya. Adiknya pula sedang belajar di peringkat SPM. Acok menghadap masalah sukar mendapat pekerjaan kerana dia tidak mempunyai kad identiti sebagai warga Negara Malaysia. Liku-liku keperitan perjalanan kehidupan Acok sehingga terjerumus ke lembah hitam sebagai seorang penjual rokok seludup di jalanan.
Babak 6
(Indok terbaring di ruang tamu yang dijaga oleh Beccek. Acok sedang duduk diruang tamu memikirkan sesuatu. Tiba-tiba Makcik Rosmah masuk ke pentas)
Makcik Rosmah: Mamak Acok! Oh mamak Acok. Assalamualaikum…
(Acok dan Neng berpandangan)
Makcik Rosmah: Woi orang di dalam pekakkah! Ada orangkah ni? Mana duitku? Sudah lama aku tunggu. Kau fikir aku kayakah kasi tinggal kau di sini percuma? Biarpun kita ada kaitan keluarga! Tanahku… tanahku, duitku… duitku tiada kena mengena dengan kau.
Beccek: Waalaikumusalam eh makcik Rosmah.
Makcik Rosmah: Iya aku, kau ni pura-pura ndak tahu pula, perangai sama macam mamakmu. Sudahlah cuaca panas disambut lagi kau ni yang bikin panas. Mamakmu mana?
Beccek: Makcik, mamakku sakit. Dia ada di dalam. Masuklah.
Makcik Rosmah: Eh aku ndakda masa mahu melawat orang sakit sekarang ni, aku ndak mahu tahu, aku datang mahu minta sewa rumah. Masuk bulan ke tujuh sudah kamu ndak bayar.
Beccek: Makcik sekarang kami belum ada duit, mamakku kan sakit. Si Acok baru kerja.
Makcik Rosmah: Dia kerja apa?
Beccek: Ndak tahu.
Makcik Rosmah: Dia mahu kerja apa? IC pun tiada. Tulah bapakmu kalau kahwin dengan aku ndaklah miskin macam ni. Sudah mati menyusahkan pula.
Beccek: Apa ni makcik, bapakku sudah lama meninggal. Ndak payalah ingatkan lagi.
Makcik Rosmah: Kamu ni sekeluarga memang menyusahkan aku dari dulu, terutama mamakmu tu. Kau ni masih sekolahkah Beccek?
Beccek: Masih…
Makcik Rosmah: Patutlah. Eh keluarga kau ni sudah susah ndak payalah kau sekolah. Kalau kau belajar pandai-pandai pun mamakmu bukan ada duit mahu tampung kau masuk universiti. Bagus kau kahwin. Cari laki kaya-kaya sikit… Boleh bayar hutang rumah ni…
Acok: Beccek… eh makcik…
(Beccek terus naik ke dalam rumah)
Makcik Rosmah: Aku datang ni untuk kutip duit sewa rumah. Tujuh bulan sudah ndak dibayar. Bila mahu bayar?
Acok: Dalam masa terdekat ni aku bayar sikit makcik.
Makcik Rosmah: Boleh percayakah kau ni, Cok sudahlah minyak naik. Aku pulang balik sini balik-balik. Macam mana kau mahu bayar ni sudahlah ndakda…
Acok: Sudahlah tu makcik! minggu depan aku bayar….
Makcik Rosmah: Marah pula. Ok aku tunggu. Ok bye aku balik dulu. Kirim salam dengan mamakmu. Cepat-cepat sihat, jangan mati dulu. Eh, bye aku balik dulu.
(Makcik Rosmah keluar dari pentas. Acok masuk ke dalam rumah mengambil beg dan plastik hitam lantas keluar)
Babak 7
(Acok rancak menjual rokok sendiri. Tiba-tiba Paman datang menyapanya)
Paman: Woi! Cok awal kau datang.
Acok: Aku perlu duit Paman.
Paman: Tadi aku pergi kampung Ice Box. Dorang cakap kau dari sana tadi. Banyak kau ambil rokok. Berani kau ya sudah pergi sana sendiri-sendiri.
Acok: Ndakdalah Paman (Acok terus menjual rokok)
Paman: Woi Puding, tukar duit pecah.
Puding: Aduh Paman, macam mana mahu bisnes, pagi-pagi sudah minta tukar duit besar.
Paman: Ndak payalah kau membebel. Ada kah ndak?
Puding: Ndakda bosku. Ndak mainlah duit-duit kecil. Orang menang jackpot pula semalam. Hahaha.
Paman: Boleh tahan kau, seratus kali kau main baru satu kali ni aku dengar kau menang. Jadi macam mana? Bakso kita lepas menjual.
Puding: Kau belanjakah bosku?
Paman: Kaulah, kan baru menang.
Puding: Habis sudah bosku. Dari ehem-ehem.
(Neng masuk ke dalam pentas)
Paman: Kau ni sudah-sudahlah main perempuan.
Puding: Steadylah Paman. Tu bakso boleh dimakan (mengalihkan perhatian kepada Neng).
Paman: Kau ndak paya macam-macam, kau mahu dipukul si Otokkah.
Puding: Hahaha.
Paman: Yalah aku minta tukar duit dengan si Neng dulu. Neng sini kau tukar duit. Kau ada duit pecah lima ringgit lima ringgit.
Neng: Ada Paman. Nah (mengeluarkan dan menghulur duitnya).
Paman: Otok mana? Biasa dia teman kau menjual.
Neng: Ndak tahu mana. Penat mungkin menjual semalam. Biarlah dia tu. Paman, rajinkan si Acok tu menjual.
Paman: Biasalah tu. Terdesak mahu duit. Awal-awal memang begitu. Lama-lama jadi macam kamu juga suka datang lambat. Biasa anak muda.
Neng: Aip, aku pula kena. Si Acok tu baikkan.
Paman: Bolehlah.
Neng: Dia tu tinggal mana?
Paman: Di Jalan Kelapa. Kenapa?
Neng: (melihat Acok baru sampai) Ndakda lah.
Paman: Getek…
(Acok mengeluarkan berbungkus-bungkus rokok dari plastik hitam dan menyembunyikan di sesuatu tempat. Acok dan penjual rokok lain rancak menjual rokok sehingga malam. Otok dan penjual rokok yang lain datang lalu bersalaman dengan mereka kecuali Acok)
Babak 8
(Kelihatan Acok menjual rokok. Sadam dan Otok di tempat itu melihat dengan tidak puas hati)
Sadam: Tok, kau tengok bah perangainya tu. Masih lagi dia menjual. Kau kasitau dulu bah.
Otok: Woi Cok masa kau jual sudah habis! Kau buat apa sini.
Acok: Eh Tok. Sekejap lagi aku balik Tok.
Sadam: Woi Cok. Sedap-sedapmu sajakan. Onar pulak kau ni.
Acok: Dam tolonglah, barusan jugakan aku balik lambat. Sekejap lagi aku pulang.
Otok: Sekaranglah!
Acok: Tok kau tolonglah faham aku perlu duit bah.
Otok: Waina Cok kau fikir perutmu sajakan. Jadi periuk nasiku macam mana? Bagus kau balik sebelum…
Acok: Tok tolonglah. Aku merayu dengan kau, mamakku sakit kuat sekarang. Adikku lagi perlu duit bah tok, kami mahu dihalau dari rumah sebab ndak bayar sewa.
Otok: Pergi mampus! Kau fikir aku kisah? Kau mahu merempatkah tepi jalan, kau mahu matikah suka hati kaulah!
Sadam: Banyak pulak cakapmu ni Cok ya. Mahu tunjuk kuatkah kau. (menolak Acok)
(Acok terjatuh)
Otok: Aku sudah lama panas dengan kau. Bagus kau berambus dari sini Cok sebelum…
(Acok tidak menghiraukan dan terus menjual rokok)
Otok: Mataina kau!