1. Pihak suara mahasiswa mengutuk sekeras kerasnya sebarang tindakan yang berunsurkan rasisma wujud di Malaysia. Beberapa persatuan dilihat jelas membawa pembawaan jijik sebegini iaitu Dong Zong termasuklah parti politik MCA dan DAP. Golongan sebegini perlu diharamkan agar kita dapat mencegah virus-virus rasisma bertebaran dalam kalangan rakyat. Hatta kalau ada gerakan lain juga sebegini, juga perlu kita tolak sekerasnya. Ini kerana kita tidak mahukan sebarang persatuan yang mempunyai unsur rasisma yang jelas tidak menghormati kepelbagaian budaya serta agama di Malaysia.

2. Perbincangan pihak Kementerian Pendidikan bersama Dong Zong perlu dilakukan segera untuk mencapai kata sepakat yang lebih harmoni, sebelum tercetus apa-apa tindakan yang lebih radikal oleh pihak lain. Sekiranya perkara ini tidak mendapat respon oleh pihak yang bertanggungjawab dan perhimpunan pengharaman tulisan jawi dan khat diteruskan pada 28 Disember 2019 ini, maka, Suara Mahasiswa UMS tidak akan teragak -agak untuk turun ke jalan melawan perhimpunan tersebut dalam konteks di negeri Sabah.

3. Namun begitu, kita sangat mengharapkan masyarakat di negeri Sabah tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang dimainkan oleh politikus di Tanah Melayu. Keharmonian budaya, agama dan hak-hak setiap orang di Sabah perlu terus dihormati dan dikekalkan oleh setiap rakyatnya. Sebarang perkara yang menggugat perpaduan ini, amatlah perlu kita tentang sehabisnya.

4. Keunikan kaum dan agama di Malaysia perlulah kita hormati dan pelihara. Pengenalan tulisan jawi dan khat merupakan satu langkah untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya di Malaysia bukanlah untuk tujuan islamisasi seperti yang didakwa. Sama halnya dengan perkembangan bahasa cina (mandarin), bahasa india dan tulisan cina yang semakin meresap dalam kalangan masyarakat melayu di Malaysia. Belum lagi bercerita tentang konsep asimilasi budaya di Sabah dan Sarawak. Seorang budak di Sabah ada yang boleh bercakap sehingga 5 bahasa yang berlainan. Belum ada lagi yang risau kehilangan bangsanya bila menguasai bahasa dan tulisan bangsa lain.

5. Berhenti lah kita terlalu merasa tidak selamat dan tergugat antara satu sama lain kerana hakikatnya kita lahir dan berdiri di tanah air yang sama. Akhirnya kita mati juga ditanah yang sama. Saling menghormati dan meraih budaya antara satu sama lain khususnya. Bukankah kita ini masyarakat terkenal dengan konsep perpaduan yang jitu?

Kekalkan kesepaduan yang dibina!

“Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa, Dari Mahasiswa Untuk Rakyat Malaysia”

#MahasiswaTolakRasisma #SuaraMahasiswaUMS #KelabSasteraMahasiswaUMS

 

Oleh,

Masdania Moktar

Presiden

Suara Mahasiswa UMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *