Oleh: Prof. Richard D. Wolff
Penterjemah: Jefry Musa
Pada hari ini, Parti Sosialis Demokratik Amerika yang mempunyai 48,000 ahli dan calon sosialis seperti Alexandria Ocasio-Cortez menekan untuk pendidikan percuma dan perkhidmatan kesihatan kepada semua, warga Amerika sekali lagi mula membincangkan tentang kapitalisme dan lawannya sosialisme. Nasib baik mereka tidak melakukannya dalam cara Perang Dingin lama yang tidak meraikan kritikan sambil membenci yang lain. Sebaliknya, ia adalah perdebatan mengenai pilihan warga Amerika hari ini sama ada mahu mengekalkan kapitalisme atau merubah sistem kepada satu bentuk sosialisme. Seperti kebanyakan perdebatan, perdebatan ini menekankan kepada kita kepada masalah dan perbezaan dalam bagaimana kita memahami istilah asasnya. Bagi memberi pencerahan dan mengembangkan lagi perdebatan ini, kita harus berhenti menyamakan “kapitalisme” dengan pasaran. Hal ini telah digunakan oleh banyak perdebatan yang telah berlangsung.
Pasaran bermaksud cara mengagihkan/mengedar sumber dan produk, barangan dan perkhidmatan. Pertukaran Quid pro quo mendefinisikan pasaran: seseorang menawarkan untuk menjual kepada orang lain yang menawarkan untuk membeli pada nisbah yang dipersetujui bersama yang mungkin atau tidak mungkin menggunakan pengantara wang. Untuk mengatakan bahawa kewujudan pasaran bermakna sistem pertukaran sedemikian adalah yang menjayakan pengagihan. Untuk mengatakan bahawa kewujudan pasaran tidak menyentuh langsung tentang bagaimana pengeluaran di laksana atau bagaimana sumber ditukar menjadi produk. Kapitalisme, pada sisi lain, adalah gambaran tentang bagaimana pengeluaran barangan dan perkhidmatan dianjurkan dan bagaimana peserta berhubung antara satu sama lain di dalam proses pengeluaran. Apabila kita menyatukan “kapitalisme” dan “sistem pasaran”, kita akan kehilangan kesedaran dan fakta tentang pasaran boleh wujud di dalam sistem pengeluaran yang berbeza.
Kita boleh memahami ini dalam erti kata yang lain. Pasaran adalah mekanisme pengagihan dalam masyarakat dengan sistem pengeluaran yang sangat berbeza. Contohnya, dalam ekonomi berasaskan kepada perhambaan manusia, hasil dalam sistem pengeluaran melibatkan tuan dan hamba, “input” dan “output” — termasuk hamba — sering dibeli dan dijual dalam pasaran. Kita mungkin (tersilap) akan menyamakan sistem pengeluaran(jual-beli) hamba ini dengan sistem pengagihan pasaran.
Jika syarikat-syarikat produktif tetap disusun sekitar hubungan majikan-pekerja, ia tetap dipanggil kapitalis walaupun tanpa berhubung dengan sistem pasaran.
Bagi melihat pada contoh yang lain, bangsawan feudal adalah sistem pengeluaran yang berhubung di antara tuan dan budak (serf). Oleh kerana budak bukanlah seorang hamba, tiada pasaran budak yang wujud. Mereka diagihkan oleh orang lain, bukan menggunakan sistem pasaran. Tetapi, input dan output mereka yang bukan manusia boleh diagihkan melalui pasaran, dan dalam feudalisme Eropah sering diagihkan melalui pertukaran pasaran (market exchanges). Sistem pengeluaran kapitalis — yang diatur sekitar hubungan majikan-pekerja (bukan hubungan tuan-hamba atau tuan-budak) — juga boleh bersama-sama wujud dalam sistem pasaran pengeluaran. Dalam kapitalis, input bukan manusia, tenaga buruh (kapasiti untuk bekerja), dan output semuanya sering diagihkan melalui pertukaran pasaran.
Maka ini boleh mengelirukan kita untuk merujuk kapitalis sebagai sebuah “sistem pasaran”. Sistem pengagihan pasaran berbeza-beza mengikut sistem pengeluaran yang berbeza dan sistem eksploitasi yang mana ia wujud bersama. Pasaran kapitalis berbeza dari pasaran hamba, dan kedua-duanya berbeza dari pasaran feudal, tetapi semuanya pasaran. Selain itu, pasaran biasanya wujud bersama dan berinteraksi dengan badan negara (kerajaan). Interaksi itu ditandai dengan tahap campur tangan negara yang lebih besar atau lebih rendah: dari kawalan yang ketat sehingga ke perdagangan “bebas” atau pasaran di mana peraturan diminimumkan atau tidak ada. Badan negara juga boleh menghapuskan sistem pasaran dan menggantikannya dengan sistem pengagihan alternatif.
Dalam keadaan begini, kapitalis tidak dapat dihapuskan walaupun dengan menghapuskan pasaran. Selagi syarikat-syarikat produktif tetap mengekalkan struktur majikan-pekerja, ia tetap akan dikira kapitalis. Bagi negara (kerajaan) menggantikan pasaran dengan sesebuah sistem pentadbiran pengagihan (contohnya perancangan) ia tidak akan berkait dengan sistem pengeluaran. Sumber dan produk dalam sistem pengeluaran kapitalis masih boleh diagihkan dengan lebih atau kurang dalam pasaran diselia oleh negara atau dengan sistem pengagihan bukan pasaran. Perkara sama boleh dilihat pada sumber dan produk dalam sistem pengeluaran hamba dan feudal.
Mengapa penting untuk membezakan pasaran dan sistem pengagihan yang lain dari sistem pengeluaran? Jawapannya muncul dari kenyataan bahawa kebanyakan sistem ekonomi menggabungkan satu atau lebih sistem pengeluaran dengan satu atau lebih sistem pengagihan. Dalam beberapa tempoh yang lama, pemerhati gabungan itu (penyokong mahupun pengkritik) cenderung untuk menggabungkan dua sistem itu, seolah-olah mereka adalah satu. Malah, mendefinisikan kapitalisme sebagai “pasaran” atau sistem “pasaran bebas” adalah satu perkara yang tidak sama.
Karl Marx berjaya untuk membezakan kritik terhadap pertukaran pasaran dan kritiknya terhadap pasaran kapitalis. Dia percaya bahawa masalah sosial pada masanya — ketidaksamaan, kitaran yang tidak stabil dll. — berpunca daripada sistem pengeluaran kapitalis yang sama atau lebih daripada sistem pasaran. Dia telah mengkritik keduanya, tapi dia mengkritiknya secara berasingan untuk satu analitik yang jelas dan strategi revolusi.
Dari permulaan kapitalisme, para pembaharu (reformers) telah berusaha untuk melembutkan kekerasannya dengan cara campur tangan negara dalam pasaran. Upah minimum, kadar faedah maksimum, cukai progresif, dan sebagainya adalah antara mekanisme pilihan mereka. Secara umumnya, para reformis bertindak balas terhadap keuntungan kapitalis-mengawal pengagihan kekayaan dengan campur tangan negara mengagihkan semula kekayaan berdasarkan kepada kriteria bukan kapitalis (non-profit).
Kritikan lebih keras terhadap pasaran yang memindahkan mereka dalam kemahuan kepada mekanisme pengagihan sumber dan produk yang lain seperti pemusatan atau tidak berpusat kepada badan institusi negara mengurus pengagihan, pengurusan institusi swasta dll. Bagaimanapun, jika dan bila sistem pengeluaran berterusan untuk mendekatkan (juxtapose) majikan dan pekerja, semua perbezaan sistem pengagihan yang dibincangkan di atas – pasaran bebas, kawalan pasaran, dan bukan pasaran – wujud dan berinteraksi dengan sistem pengeluaran kapitalis.
Dalam meneliti masaah-masalah kapitalis – ketidaksamaan, ketidakstabilan (kitaran/krisis), dll – cubaan mengekang pada bahagian hubungan pengeluaran (kapitalis), pembaharuan yang eksklusif berfokus kepada kawalan atau menggantikan pasaran tidak akan berjaya menyelesaikannya. Sebagai contohnya, dasar monetari Keynesian (fokus kepada menaikkan atau mengurangkan kuantiti wang dalam kitaran dan, dengan kadar faedah yang sepadan) tidak menyentuh hubungan majikan dan pekerja, walau bagaimanapun banyak perubahan dalam mengagihkan semula kekayaan, mengawal selia pasaran, atau menggantikan pasaran yang menyebelahi pada keputusan pelaburan pentadbiran negara. Demikian juga dasar fiskal Keynesian (menaikkan atau mengurangkan cukai dan perbelanjaan kerajaan) tidak menyentuh pada hubungan majikan dan pekerja.
Dasar-dasar Keynesian juga tidak pernah menamatkan ketidakstabilan kitaran kapitalisme. Perjanjian Baru (The New Deal) dan demokrasi sosial Eropah telah membiarkan kapitalisme dalam kedua-dua pengeluaran negara dan unit swasta (perusahaan) walaupun telah melakukan agenda dan program reformasi besar-besaran. Mereka dengan demikian membiarkan majikan kapitalis berhadapan dengan insentif dan menerima sumber (keuntungan) untuk mengelak, melemahkan dan akhirnya membubarkan kebanyakan program tersebut.
Adalah lebih baik untuk tidak mengagihkan kekayaan yang tidak seimbang daripada mengagihkan semula ia selepas membatalkan ketidaksamaan. Sebagai contohnya, cadangan daripada FDT pada 1944 bahawa kerajaan menetapkan satu pendapatan yang maksimum bersama dengan gaji minima; ini ada salah satu cara daripada banyak cara ketidaksamaan boleh dibatasi dan dengan itu pengagihan semula dapat dielakkan. Usaha untuk pengagihan semula (redistribute) menghadapi pengelakan cukai, tentangan, dan kegagalan yang memberi kesan kepada ketidaksamaan pengagihan. Ketenteraman dan perpaduan sosial adalah mangsa kepada pengagihan semula ini. Pembaharuan pasaran sementara membiarkan hubungan/organisasi pengeluaran kapitalis tidak ditukar sama juga akan gagal. Sama seperti kegagalan skema pengagihan semula menyelesaikan masalah yang berakar dalam pengedaran, pembaharuan yang difokuskan pada pasaran gagal untuk menyelesaikan masalah yang berpunca daripada pengeluaran.
Sejak 2008, kapitalis telah menunjukkan pada kita semua masalah yang mendalam dan tidak diselesaikan seperti kitaran yang tidak stabil, jurang ketidaksamaan dan ketidakadilan bagi kedua-dua pihak. Ketabahan mereka mencerminkan sebuah organisasi pengeluar kapitalis. Untuk berjaya menghadapi dan menyelesaikan masalah kitaran ekonomi, pendapatan dan ketidaksamaan kekayaan dan seterusnya, kita harus melangkah lebih jauh daripada sistem pengeluaran majikan-pekerja kapitalis. Pendemokrasian perusahaan — peralihan daripada hierarki majikan-pekerja kepada koperasi pekerja — adalah kunci utama yang boleh digunakan sekarang untuk merealisasikan perubahan yang kita perlukan.
Kesatuan pekerja secara demokratik yang akan menentukan pengagihan pendapatan (upah, saham keuntungan, bonus, faedah dll) di kalangan ahli mereka. Tiada sekumpulan kecil pemilik dan lembaga pengarah yang dipilih, seperti dalam syarikat kapitalis, membuat keputusan demikian. Oleh itu, tidak akan ada kemungkinan untuk beberapa orang di dalam koperasi pekerja akan memperoleh berjuta-juta manakala kebanyakan orang lain tidak mampu untuk menghantar anak ke universiti. Keputusan daripada kesatuan pekerja demokratik dalam pengagihan pendapatan syarikat akan lebih rendah ketidaksamaan berbanding apa yang dilakukan oleh syarikat kapitalis. Sosialisme untuk abad ke-21 dapat dan harus memasukkan peralihan dari kapitalis kepada sistem ekonomi berasaskan pekerja-pekerja sebagai agenda perjuangannya demi mengurangkan ketidaksamaan dan mengurangkan konflik sosial disebabkan oleh pengagihan semula.
Richard D. Wolff adalah Professor of Economics Emeritus di University of Massachusetts, Amherst.