Oleh: Mohd Rosyaidi
Cinta itu agak lucu juga
kadang membuatkan diri jadi kosong
kadang membuatkan diri seperti butir pasir di pantai
agak luar biasa lucunya.
Cinta dan lucu itu tidak terpisahkan
tidak selalu akan berasa bahagia oleh cinta
tidak juga selalu akan berasa derita kerana cinta
lucunya cinta itu tidak terdugakan.
Persoalan cinta bukanlah persoalan-persoalan luar biasa
tetapi hanya soal kelucuan yang menerpa di hati
cinta mampu membuat diri bermimpi
cinta jugalah mampu membuat diri mengenal realiti.
Lucu bukan
kerana cinta mampu mengubah seseorang
pantasnya ada yang menjadi matang
tetapi kerana cinta seseorang mampu menjadi normal dan gila.
Jika cinta diertikan dengan kalimah-kalimah serius
serius itu hanyalah kelucuan
kerana cinta tiada yang seriusnya
jika serius mengapa ada yang tersenyum kerana cinta dan ada yang menangis kerana cinta.
Cinta juga jangan diertikan dengan rasa
kerana cinta tidak bisa mati
rasa pula satu ketika akan mati
jadi cinta itu lucu kerana tidak mampu untuk dirasa.
Kalaulah cinta itu tidak lucu
mengapa ada yang harus tertawa saat cinta itu ada
sedangkan cinta itu jugalah tidak lucu
kerana tangis juga wujud kerana cinta.
Hidup dan pemergian kelak
bukanlah soal cinta itu lucu atau tidak
soalnya pasti tidak terjawabkan
kerana cinta dan lucu adalah suatu kekecewaan.