Oleh : Aisyah Hakimi
Ada yang berkereta mewah,
baru berasa puas.
Ada yang ‘berkereta’ sahaja,
sudah berasa puas.
Ada yang makan salmon,
baru berasa puas.
Ada yang makan kembung,
sudah berasa puas.
Ada yang bergelang emas,
baru berasa puas.
Ada yang bergelang getah,
sudah berasa puas.
Ada yang berumah agam,
baru berasa puas.
Ada yang berumah tempel,
sudah berasa puas.
Ada yang bertas kulit,
baru berasa puas.
Ada yang bertas belacu,
sudah berasa puas.
Ada yang bertudung itik,
baru berasa puas.
Ada yang bertudung kanggaru,
sudah berasa puas.
Kepuasan manusia tidak kan pernah lunas
jika berpaksi materi semata.