|PUISI| Rubaiyat Untuk Kalimantan

Oleh: Daniele Speziale Rubaiyat untuk Kalimantan Hutan menangis tanpa bersuara; kita dicuri langit dan udara. Manusia lawan, gaduh, salahkan: kiamat datang pun tak bersaudara. Lihat langit terbuka, itulah kebebasan tapi jerebu jadikan kita tahanan, pandangan bermimpi insan terkurung, terpisah dari ufuk dan perbintangan. Dibakar monyet, dicekik burung, dihalau pribumi, dibersihkan gunung. Kita semua bayar dengan […]

PEN DAN KERTAS

Oleh: Hafizairi Sewaktu kem latihan pra pekerjaan kena masuk hutan dulu, ada satu sesi berkumpul selepas waktu makan malam. Sebelum tu pelatih mengingatkan peserta untuk bawa bersama PEN DAN KERTAS. Duduk berhimpun dalam gelap di tengah tanah lapang. Maka bermulalah ucapan motivasi meluap-luap yang menyentuh semangat diri, keluarga dan negara yang kadangkala melebihi garisan sedar. […]

Negara yang Membazir

Oleh: Syed Ahmad Fathi Dalam perbahasan Yuval Noah Harari dalam bukunya yang menceritakan sejarah manusia, beliau menyatakan salah satu masalah saintis untuk membentuk semula kehidupan masyarakat primitif zaman batu (lebih tepat zaman kayu kerana alatan yang digunakan lebih banyak kayu dari batu) adalah sangat sedikit artifak sejarah yang berjaya terpelihara. Kebanyakan alatan kayu yang digunakan […]

Mitos Berkenaan Pencemaran Plastik

Oleh: Syed Ahmad Fathi Baru-baru ini Sungai Petani, Kedah berjaya menembusi berita antarabangsa, namun mungkin bukan diatas sebab yang kita boleh banggakan. Sungai Petani merupakan antara tempat sasaran tapak pembuangan sampah plastik dari syarikat-syarikat dari Itali hasil siasatan Greenpeace seperti yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa Al Jazeera. Menurut Greenpeace, Sungai Petani mencatatkan 30 peratus […]

Hikayat Badak Sumatera Tiga Sekawan

Oleh: Nur Huda Tarikh 23 November 2019 akan dikenang oleh warga konservasi hidupan liar apabila Iman, badak Sumatera betina terakhir di negara kita telah mati pada pukul 5.35 petang, di Borneo Rhino Sanctuary  di Tabin, Sabah. Kematian Iman mencatatkan sejarah kepada negara kita di mana pada tarikh ini, dengan rasminya badak Sumatera telah pupus sepenuhnya […]

“Damn the Dam!”: Pergelutan TAKAD dan Kerajaan Sabah

Oleh: Farahani R. Saya rasa orang Sabah patut tahu dan ambil peduli kisah ini, sebagaimana kita peduli hal Zakir Naik mutakhir ini. Malah, tidak segan saya menggunakan istilah ‘pergelutan’ kerana ia sudah berlanjutan dalam tempoh yang sangat lama. Meskipun tidak bertumpahan darah (belum lagi), kita harus tahu bahawa kisah pembangunan melawan kemajuan bukan lagi satu […]

|Puisi| Lautan Hutan Konkrit

Oleh: Mohd Rosyaidi Mata nikmatilah pandangan yang gah dengan kebanggaan berdirinya pokok-pokok segak berbatangkan simen-simen Mata nikmatilah sungguh nian pemandangan jalan-jalan dihiasi rimbunan pokok beruratkan dawai-dawai besi Mata nikmatilah dengan terpegunnya melihat pantulan-pantulan cahaya daripada daun-daun pokok bersalutkan kaca-kaca. Oi manusia! Berbanggalah dengan teguhnya berdiri tumbuhan konkrit yang menjadi mercu kemajuan dan pembangunan alam kini […]

Sampah Di Perkampungan Atas Air?

Oleh: Mukmin Nantang Pada bulan Mei ini maka genaplah setahun saya tinggal di perkampungan atas air. Keputusan untuk tinggal di rumah atas air adalah untuk saya memahami sendiri keadaan, kebudayaan, sosioekonomi dan cara hidup penduduk di perkampungan atas air selain membangunkan Sekolah Alternatif buat anak-anak tanpa negara di sini. Saya mula membuat advokasi dan kepedulian […]

Bolehkah Bekas Plastik Diguna Semula, Atau Dikitar Semula?

Oleh: Nurhuda Manshoor Simbol kitar semula – segitiga anak panah – yang kita lihat pada bekas dan produk plastik tidak bermakna produk itu boleh dikitar semula. Simbol ini didatangkan sekali dengan satu nombor di dalamnya. Simbol bernombor ini adalah satu kod pengenalpastian jenis bahan yang digunakan dalam pengeluaran sesuatu produk. Untuk produk plastik, nombor di […]

Bagaimana Industri Kitar Semula Mencemarkan Alam Sekitar

Oleh: Nurhuda Manshoor Apabila bercakap tentang kitar semula, ia kedengaran sungguh mulia seolah-olahnya kita sedang menyelamatkan dunia dari malapetaka besar dan akan mewariskan bumi yang selamat untuk didiami anak cucu sehingga berketurunan-keturunan lamanya. Campakkan sahaja tin minuman dan kertas pembungkus makanan ke dalam tong berbeza yang berlabelkan anak panah berbentuk tiga segi, hati rasa berbunga […]