|CERPEN| Mana IC kau?

Oleh: w. azzuar         Pojok belakang bas Likas – KK berwarna putih biru, menuju rumah pada saat KK berwarna jingga. Bas singgah di perhentian bas Karamunsing. Tapi, kali ini lama. Aku mengangkat kepala menjenguk ke luar seperti mengintip aib-aib manusia. Apa yang berlaku?         “Aduh!! Matai!!” ayat pertama muncul setelah tahu misteri berhentinya bas ini. […]

|CERPEN| Akhirnya dia menjadi kanak-kanak semula

Oleh: Anasakina Ismail Dalam proses seharian pembelajaran di Sekolah Alternatif Teluk Layan pasti akan terpandang satu sosok tubuh kecil bernama Atirah. Anak kecil berumur 13 tahun yang bagi aku sangat matang dan bertanggungjawab. Tak pernah tidak hadir ke sekolah dan pastinya dia hadir bersama adiknya Nadia yang berumur 11 tahun dan bayi kecil Anirah berusia […]

Tanggal Empat Bulan Satu

Oleh: Noor Tengah hari itu agak mendung. Angin dari Laut China Selatan laju menderu membawa puji-pujian dan doa-doa suci yang dipanjatkan oleh anak-anak Sekolah Alternatif Teluk Layan. Beralaskan tikar getah, tengah hari itu kami solat berjemaah di sekolah berimamkan Azpar, anak cerdas dari kelas A. Samad Said yang berumur 15 tahun. Suasana damai bersama bunyi […]

|Puisi| Janganlah Ketawa Anakku!

Oleh: Rien Sd Ketika aku melarangmu lahir suara kecilmu sudah kedengaran merengek di kelambu kecil. Duhai, anak yang degil! Sekarang engkau sudah boleh berlari tapi jangan terlalu laju sekarang engkau sudah boleh bermain tapi jangan terlalu riang sekarang engkau sudah boleh melihat tapi jangan lupa berkedip mata sekarang engkau sudah boleh ketawa tapi jangan terlalu […]

KENYATAAN RASMI CAHAYA SOCIETY

RESPON KEPADA KENYATAAN YB MENTERI PENDIDIKAN BERSANGKUT ISU KANAK-KANAK TANPA DOKUMEN DI SABAH Merujuk kepada kenyataan YB Dr. Maszlee Malik (Menteri Pendidikan Malaysia) yang diterbitkan dalam Berita Harian pada 3 Oktober 2019 sempena sesi town hall bersama warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS. Cahaya Society menyambut baik kesungguhan kerajaan dalam mendepani isu […]

Belajar dan Mengajar

Oleh: Mohd Azwan Irwan Aku sudah mula faham betapa pentingnya kasih sayang untuk seorang kanak-kanak. Sepanjang mengajar di Sekolah Alternatif Tawau, dapat aku rasakan kasih sayanglah yang semakin hari semakin tumbuh di antara aku dan anak-anak muridku. Bagi aku, anak-anak seperti mereka adalah anak-anak yang paling menghargai kasih sayang. Aku pernah mendapat teguran ataupun mungkin […]

“Cikgu, sekolah kita ni ada baju ka?”

Oleh: Azwan Irwan “Kita mula dengan tenang, kita mesti habis dengan tenang.” Ya! Ayat itu adalah yang sering digunakan oleh cikgu sebelum mula kelas dan juga sebelum habis kelas di Sekolah Alternatif Tawau. Ini adalah sedikit cerita tentang perjalanan waktu persekolahan anak-anak hebat yang diabaikan dan disisihkan daripada pendidikan formal di tanah air ini. Anak-anak […]

|Puisi| Ketika Kau Tak Lagi Bertanya Mengapa

Oleh: Hidayu Hatta ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak kebuluran mahu jadi pencuri ibunya tak sempat mengajarkan rahmat Tuhan untuk orang lapar juga tentang neraka pembakar orang-orang yang tak bayar hutang membeli susu bayi-bayinya ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak tujuh tahun menghisap gam bapanya tak sempat mengerjakannya malam tadi dikerjakan […]

Melawan Perobohan Rumah Penduduk Kampung Teluk Layang

Oleh: Wan Zawawi Kampung Teluk Layang Kampung Teluk Layang merupakan kampung angkat bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) terutama kepada mereka yang gemar melakukan kerja-kerja kesukarelawanan dan aktivisme dalam menjalankan misi kemasyarakatan. Kampung ini didiami oleh suku bangsa Bajau dan juga Suluk yang mana dalam suku bangsa Bajau itu terbahagi kepada beberapa suku bangsa Bajau […]

Seratus Sebelas Hari Mencintai Semporna

Oleh: Aimie Henry Tan       Selalu dengar orang-orang membuat gambaran tentang mudahnya hidup sebagai kanak-kanak. Sama sekali tidak kompleks. Gula-gula. Kereta mainan. Ketingting. Secara klise-nya hampir semua orang percaya bahawa kehidupan sebagai kanak-kanak itu sebahagian besar babaknya yang indah-indah cuma. Baik, mungkin benar kanak-kanaklah yang hidupnya paling mudah. Tidak banyak kerunsingan bermain pada […]