BORNEO DAN ‘PERSOALAN NASIONAL’

Oleh: Farahani Rosman ‘Kesedaran palsu’ yang dicernakan ini perlu dipecahkan agar kita dapat menyentuh isu-isu kritikal dan membina. Ruang-ruang fikir yang terbina semakin selesa, dan sudah tidak kondusif untuk pertumbuhan intelek kritikal dan membumi. – Farahani Rosman Dibelek buku Hishamuddin Rais, ditelek depan-belakang. ‘Persoalan Nasional’, judulnya. Bertahun-tahun saya dambakan buku itu. Sekarang baru saya berkesempatan […]

Putaran Ganas Kemiskinan Anak-Anak Tanpa Negara

Oleh: Mohd Syafie Mustan Secara umumnya, Teori Putaran Ganas Kemiskinan adalah satu keadaan di mana apabila sesuatu masyarakat itu hidup dalam keadaan miskin, bermula dari orang tua mereka lalu kemudiannya kemiskinan tersebut akan diwarisi kepada anak-anaknya. Dalam hal ini, terdapat dua keberangkalian yang terjadi : Pertama : Anak-anaknya sedar tentang kemiskinan yang diwarisinya lalu berusaha […]

MEMIKIR SEJENAK SEKSA KEMISKINAN DAN KECELAKAAN JELMAAN POLITIKUS TAMAK

Oleh: Izzat Dahelan Kekayaan melimpah. Kemiskinan melimpah. Darah melimpah. Ludah menyembur dan melimpah.(W.S. Rendra) Beberapa hari lepas telah dibentangkan berkenaan Belanjawan 2021 yang bertemakan “teguh kita, menang bersama” oleh YB Senator Tengku Dato’ Zafrul Tengku Abdul Aziz di dewan parlimen. Malam tadi sebelum tidur aku mendapat perkhabaran bahawa PKP akan dipanjangkan sehingga Disember 2020. Pagi […]

Kenapa Sabah akan Terus Miskin?

Oleh: Jefry Musa Baru-baru ini saya telah ditemubual oleh wartawan daripada Utusan Borneo sekitar permasalahan dokumentasi di Sabah. Dalam temubual itu saya ada menekankan bagaimana naratif masalah dokumentasi ini lebih tertumpu kepada perbincangan keselamatan daripada kesan kepada ekonomi, terutamanya pada tingkat gaji penduduk di Sabah. Namun timbul sedikit rasa bimbang akan kenyataan saya itu ditafsir […]

Oral Polio Vaccine (OPV) untuk anak-anak Sabah

Oleh: Nur Huda Polio kembali lagi! Benar. Ini bukan cobaan. Ini benar-benar berlaku. Anda tidak salah dengar. Berlaku di negara kita -Malaysia, menjelang tahun 2020, tahun yang penuh wawasan. Ketika mendapat khabar tentang kes jangkitan polio di negara jiran kita Filipina, kita sudah boleh menduga, cepat atau lambat, ia akan sampai ke tempat kita juga. […]

Memahami Kelompok yang Enggan Bernegara Malaysia

Oleh: Farahani R. Isu ini pedas untuk diperkatakan, sehinggakan saya teragak-agak menulis isu ini pada mulanya. Kes kelompok yang enggan berdiri hormat ketika lagu Negaraku didendangkan menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Ramai marah dan mengecam tindakan ini, dan ini membawa saya semula ketika pemain bola keranjang berkulit hitam di Amerika juga enggan berdiri hormat ketika […]

3 Tip Backpacking ke Kota Kinabalu daripada Orang Tempatan

Oleh: Farahani R Anggaplah ini tip pelancongan daripada saya yang sudah lama tinggal di Kota Kinabalu dan membesar bersama Kota Kinabalu. Saya himpunkan pemerhatian saya sebagai tip untuk memudahkan para backpackers menikmati Kota Kinabalu seperti seorang tempatan. 1. Biasanya saya boleh kategorikan dua jenis ‘tempat menarik’ di Sabah: alam semula jadi dan alam sejarah. Di […]

Selamat Datang Ke Malaysia, Orang Borneo!

Oleh: Farahani R Malaysia. Kita boleh memilih untuk bertengkar pasal Perjanjian Malaysia 1963, dan peristiwa belakang tabir yang berlaku antara kepala pemimpin Borneo dengan Tunku Abdul Rahman pada waktu itu. Kita boleh memilih untuk bertelagah pasal hak-hak istimewa yang dipersetujui Persekutuan Tanah Melayu dengan koloni Borneo. Kedua-dua perkara ini tidak begitu sulit untuk dibicarakan kerana […]

KENAPA MENCARI BORNEO DI SERDANG?

Oleh: Nurhuda Manshoor Menghadiri International Conference of Natural Products 2019 (ICNP2019) pada Mac lalu seumpama memenuhi ritual tahunan bagi pengkaji-pengkaji bidang kimia sebatian semula jadi. Biarpun ianya acara tahunan, namun tetap istimewa bagi kami. Selain membentang hasil kajian, ia adalah platform di mana para pengkaji berjumpa, berbincang, belajar, berhujah, berkenalan dan berkolaborasi. Seminar kali ini […]

Mencari Borneo di Serdang

Oleh: Farahani R Seminar Etnosains Melayu, Serdang. Galak mataku melihat iklan yang melintas berani di skrin Facebook. ‘Etnosains’. Istilah yang asing buatku yang tinggal jauh dari Serdang. Dalam pengalamanku bertembung-tembung dengan istilah campuran begini; ‘etno’ itu barangkali bermaksud etnik manakala sains… adalah sains. Jadi disimpulkan, itu adalah sains etnik. Suatu istilah yang dijenamakan sedikit gah. […]