PADA HARI IKAN KALOI SAYA MATI

Oleh: Aliaa Alina Malam itu kami semua bersiaga di kawasan Dataran Merdeka untuk mengawasi demonstrasi jalanan. Suasana malam diterangi cahaya lampu sorot dan sekumpulan pasukan FRU berbaris panjang di hadapan dataran. Tidak ramai yang menyertai perhimpunan itu. Kebanyakan demonstran datang dari kawasan sekitar ibu negara manakala manusia lain terperuk di dalam rumah terhalang dek wabak. […]

BELASUNGKAWA ANGIN DINGIN

Oleh: Ziham Zawawi Mazlan Bermusim pun yang berlalu, angin dingin, kau tetap ku rindukan. Dua tiga hari lagi atau mungkin sepekan lagi, angin dingin pasti terngiang – ngiang di kulitku. Aku kira itu sudah pasti akan dapat dilupakan dalam sebulan dua. Namun, itu hanya kemungkinan. Yang belum jelas. Kabur. Dibatasi bayangan realiti. Bahagia, penyesalan, kedewasaan, […]

PEN DAN KERTAS

Oleh: Hafizairi Sewaktu kem latihan pra pekerjaan kena masuk hutan dulu, ada satu sesi berkumpul selepas waktu makan malam. Sebelum tu pelatih mengingatkan peserta untuk bawa bersama PEN DAN KERTAS. Duduk berhimpun dalam gelap di tengah tanah lapang. Maka bermulalah ucapan motivasi meluap-luap yang menyentuh semangat diri, keluarga dan negara yang kadangkala melebihi garisan sedar. […]

INTEGRITI SEORANG WIRA

OLEH: MUHAMMAD HAKIM BIN IRMIE YUHAZNI Sebenarnya sehingga ke detik ini, aku masih hairan dan musykil sama ada aku layak dilahirkan di tanah ibu pertiwi, Malaysia. Terdapat satu persoalan yang sering menghantui fikiranku iaitu “Apakah perkara yang telah kusumbangkan kepada rakyat Malaysia bagi memastikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap sesuatu?”. Aku masih dibelenggu persoalan itu dan […]

HAMBA KORPORAT

Oleh: Aakmal Mohd Yusop Kassim membuka pintu pejabat lalu duduk di kubikelnya. Komputer mejanya menyala dengan nyalaan hitam, bilah kipas kecilnya meniup muka Kassim, dan kopinya mengewap, bersedia untuk memberi tenaga dan fokus kepada penghirupnya. Dia sudah bersedia untuk menyelesaikan masalah dalam sistem pembelajaran mesinnya. Dalam tungkus-lumus dia menaip kod di komputer dan merenung masalah-masalah […]

BERSAKSI ATAS NAMA AKU!

OLEH: IZZAT DAHELAN Gelap malam menganggu kejelasan dan awas mataku. Langkahku telah membuat kesilapan. Kesilapan yang memberi penyesalan terhadap kehidupan yang panjang. Tubuhku terbuang ke dalam sebuah lohong hitam yang dalam. Dalam. Sangat dalam. Jika aku dapat melihat pertukaran siang dan malam, tempoh mencapai penghujung lohong hitam itu sekurangnya mengambil masa sepuluh hari sembilan malam. […]

|CERPEN| Mana IC kau?

Oleh: w. azzuar         Pojok belakang bas Likas – KK berwarna putih biru, menuju rumah pada saat KK berwarna jingga. Bas singgah di perhentian bas Karamunsing. Tapi, kali ini lama. Aku mengangkat kepala menjenguk ke luar seperti mengintip aib-aib manusia. Apa yang berlaku?         “Aduh!! Matai!!” ayat pertama muncul setelah tahu misteri berhentinya bas ini. […]

|Cerpen| Pulasan Minyak Penuh Ke Mana?

Oleh: Hafal Abu “Kalau aku ada dua pilihan, sama ada menjadi seorang penulis terkenal tetapi tidak berkahwin, atau berkahwin tetapi aku terus hilang, mana satu menurut kau lebih baik?” Soal Api kepadaku semasa kami baru sahaja menyertai sesi perbincangan Kuliah Buku (KUBU) di  restoran mamak. Habis saja perbincangan utama, sambung pula dengan borak santai tentang […]

|Cerpen| Dongeng Sampah

Oleh: Muhammad Julazman Jupri Semua pemandu lori kelihatan bingung. Mereka terkial-kial seperti sedang mencari sesuatu. Mereka sepertinya telah kehilangan sesuatu. Mereka terkejut apabila melihat segala tempat yang menjadi kebiasaan bagi mereka datang untuk menghantar sampah bagai kehilangan tempat untuk mereka membuang segala kekotoran dunia ini. Mereka sememangnya sudah hidup sebati dengan tempat ini. Segala bau […]

|CERPEN| Sahabat dan Luka Lama

 Oleh: Hafal Abu Senyumannya buat aku teringat kembali kepada ketakutan lalu. Cukup sekali salam kukuh dengan Naiem selepas handover report daripada Amin, dia senyum dengan lebar. Wajahnya, hampir seiras dengan si Rui. Tubuhnya tinggi dan selalu memakai sweater ber-hoodie tutup kepala. Iya, pejabat kami sejuk nak mampus. Tubuhnya aku rasa sama gempal dengan Rui sebelum […]