Di Belakang Seni Ada Cerita Dan Cinta

Oleh: Aimie Henry Tan          Kelmarin serasa ada terlihat di dada skrin komentar rawak orang-orang di luar sana — mengajar katanya juga proses belajar. Baik, simpan untuk rujukan ke depan. Saat anak-anak sudah beranjak pulang meninggalkan sekolah begini, sunyi merangkak masuk ke semua penjuru ruang. Imbas muka. Di ruangan ini tadi ada beberapa tangan-tangan kecil yang […]

|Puisi| Ketika Kau Tak Lagi Bertanya Mengapa

Oleh: Hidayu Hatta ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak kebuluran mahu jadi pencuri ibunya tak sempat mengajarkan rahmat Tuhan untuk orang lapar juga tentang neraka pembakar orang-orang yang tak bayar hutang membeli susu bayi-bayinya ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak tujuh tahun menghisap gam bapanya tak sempat mengerjakannya malam tadi dikerjakan […]

|Puisi| Sampai Bila?

Oleh: Rien Sd Sampai bila? Kami tanpa pendidikan tanpa rumah tanpa negara tanpa segala-gala tiada yang percuma ketawa bermain bercanda tersorok-sorok. Sampai bila? Kami dijaga-jaga dimanja-manja kami bukan anak kecil yang tak berani mengharung cuma kami terkurung. Sampai bila? Orang simpati tak melepaskan kami kembali ke komuniti berendam dalam tradisi menyimbah amuk dengan muluk-muluk budaya. […]

Seratus Sebelas Hari Mencintai Semporna

Oleh: Aimie Henry Tan       Selalu dengar orang-orang membuat gambaran tentang mudahnya hidup sebagai kanak-kanak. Sama sekali tidak kompleks. Gula-gula. Kereta mainan. Ketingting. Secara klise-nya hampir semua orang percaya bahawa kehidupan sebagai kanak-kanak itu sebahagian besar babaknya yang indah-indah cuma. Baik, mungkin benar kanak-kanaklah yang hidupnya paling mudah. Tidak banyak kerunsingan bermain pada […]

Matahari Tak Terbit Di Negeri Ini

Oleh: Hidayu Hatta Izinkan saya mencatat betapa sakitnya hati saya melihat babak-babak ini. Kami sampai lebih kurang jam 9 pagi, mengendeng dengan Mukmin dalam perbincangan bersama Pak M. Langit gelap. Perlahan-lahan terkaan kami benar, gerimis jatuh ke bumi yang sedia becak dan basah. Boleh buat kelas hujan-hujan begini? Boleh. Anak-anak tak peduli hujan. Sejak kami […]

|Puisi| Kemudian, Lahir Sesuatu Yang Dinamakan Semporna

Oleh: Iman Danial Hakim Di bangaubangau udara dan laut semasin takdir hidup dinasibkan dokumen dan prasangka. titi ini adalah benua kecilmu tatihtatih menuju sekolah kayu kaudagangkan masadepan dengan seuncang ilmu. tanpa kautahu nasi semakin menjauh daripada pinggan retak itu.

|Puisi| Anak Tanpa Negara

Oleh: Muhammad Julazman Jupri Miliknya sebatas yang bisa dikira tidak berbaju di negara maju hidupnya riang tawanya senang di tangannya hanya sisa makanan terbuang. Dia dari barisan manusia dunia tidak diterima golongan bangsa bersatu bermula angkatan zaman tanpa bendera sekarang milik negara merdeka. Dia mencari ilmu di merata-rata tidak kenal pada usia dan nama sedang […]