Melawan Mitos Covid-19
Oleh: Nur Huda Ketika artikel ini ditulis, Malaysia telah mencatatkan jangkitan yang ke-100. Dengan peningkatan bilangan jangkitan setiap hari, tentunya kerisauan kita pun bertambah. Ditokok pula oleh berita-berita tidak berhujung pangkal yang disensasikan, kerisauan bertukar kepada ketakutan, seterusnya mencetus panik. Kegusaran yang berlaku sepatutnya menyebabkan kita lebih mengambil tahu tentang risiko dan pencegahan penyakit berjangkit, […]
Oral Polio Vaccine (OPV) untuk anak-anak Sabah
Oleh: Nur Huda Polio kembali lagi! Benar. Ini bukan cobaan. Ini benar-benar berlaku. Anda tidak salah dengar. Berlaku di negara kita -Malaysia, menjelang tahun 2020, tahun yang penuh wawasan. Ketika mendapat khabar tentang kes jangkitan polio di negara jiran kita Filipina, kita sudah boleh menduga, cepat atau lambat, ia akan sampai ke tempat kita juga. […]
Wawasan Kesihatan Neoliberal 2020
Oleh: Syed Ahmad Fathi Masyarakat kita hari ini dilamun isu-isu seperti abu mayat Chin Peng dan lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Cina. Yang terbaru mungkin pergaduhan dan perpuakan yang sedang berlangsung dalam sebuah parti yang terkenal dengan acara baling-membaling kerusi setiap tahun. Media, baik media digital mahupun cetak setiap hari mengipas isu-isu seperti ini. […]
Melawan Depresi Dengan Puisi
Oleh: Syed Ahmad Fathi Suasana di hentian rehat dan rawat pada hari itu sesak, saya bersama seorang sahabat masih menunggu kehadiran kawan kami dari Puncak Alam. Tiba-tiba sahabat saya berubah, pucat mukanya, pantas dia menyuruh saya memegang beg silangnya sambil dia mencari tempat untuk muntah. Dia terkena serangan panik. Selepas dia selesai muntah, saya mengajak […]
Jangkitan Cacing Pada Kanak-Kanak
Oleh: Nur Huda Jangkitan cacing adalah masalah kesihatan yang paling selalu dialami oleh kanak-kanak yang tinggal di persekitaran kemiskinan yang melampau. Cacing yang menjadikan manusia sebagai perumah ini bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak di negara membangun dan mundur, malah juga dikesan pada kanak-kanak miskin dan gelandangan di negara maju. Jangkitan cacing, sekiranya tidak ditangani akan berterusan […]
Pedofilia Sebuah Kecelakaan (4)
Oleh: Alip Moose BAHAGIAN AKHIR Ketiga, kita cuba menelusuri masalah serta isu pendidikan dan ilmu. Aku pikir inilah antara benda penting, yakni ilmu atau pendidikan. Tanpa ini, kemanusiaan akan statik, tiada progress, malah sama sekali bagaikan bukan benda hidup. Dengan ilmu juga apa saja akan pasti tidak mustahil. Dengan ketiadaan ilmu serta pendidikan, kerap, kebobrokan, […]
Pedofilia Sebuah Kecelakaan (3)
Oleh: Alip Moose Ada pun masalah dan isu kedua adalah hak asasi kanak-kanak itu. Perlu kita ketahui bahawa perkahwinan kanak-kanak bukanlah bererti memberi mereka perlindungan tetapi sebenarnya telah menafikan hak mereka yang sesungguhnya. Kita berikan contoh seperti kes yang terjadi baru-baru ini di Kelantan, kanak-kanak yang berumur 11 tahun dinikahi oleh orang tua lelaki berumur […]
Polio; Bangkit Dari Abu
Oleh: Nurhuda Manshoor Apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 19 dan 20 September yang lalu melaporkan terdapat 2 kes jangkitan polio di Filipina, ia seakan satu cerita seram yang amat menakutkan, dan seharusnya meletakkan kita semua di dalam situasi berjaga-jaga yang amat ketat. Di dalam dunia kesihatan, berita ini tentunya sangat serius, kalaupun tidaklah menghairankan. […]
SUPLEMEN; MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KESIHATAN?
Oleh: Nurhuda Manshoor Permintaan untuk suplemen/makanan tambahan meningkat di negara kita seiring dengan tumbuhnya cendawan usahawan produk-produk berkaitan makanan kesihatan. Pengguna cuba untuk memanjangkan jangka hayat dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik. Usahawan menggunakan kesempatan ini untuk menghasilkan pelbagai produk, meningkatkan jualan dan memastikan keuntungan berganda. Dipercayai makanan harian kita pada hari ini tidak […]
Pesakit HIV dan Doktor Gigi
Oleh: Dr Hidayu Semalam di klinik tempat kawan saya bertugas, ketika seorang doktor gigi sedang mencabut gigi seorang pesakit, peralatan yang digunakan (Coupland elevator) secara tak sengaja tercederakan jari doktor tersebut dan berdarah. Kemudian pesakit mengaku yang beliau penghidap HIV. Ini bukan perkara kecil. Kenapa? Kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah sejenis penyakit berjangkit melalui […]