Melawan Pembulian Terhadap Rambut Pelajar Laki-Laki
Oleh: Mukmin Nantang Semasa saya tingkatan enam pihak sekolah mengambil keputusan untuk botakkan semua pelajar lelaki. Selepas perhimpunan semua pelajar lelaki ditahan di dewan dan dibotakkan oleh guru. Tidak cukup dengan itu, guru pergi ke kelas-kelas untuk memeriksa siapakah pelajar yang belum dibotakkan kepala. Jujur dalam hati saya ketika itu. “Seperti tiada kerja lain” Saya […]
1, 2, 3… A B C…
Oleh: Suardy bin M. Natsir “Cikgu, itu apa?” Tanya seorang pelajar di situ padaku “Itu nombor 6 Bibiey.” Aku berikan jawapan sambil senyum kepadanya. “Alah, itupun kau ndataukah Bibiey?” Madan menyampuk sambil ketawa. “Elleh kau Madan, macam seja kau pandai.” Bibiey membalas sampukkan tersebut. “Biarlah si Bibiey tu Madan, kamukan memang sama-sama mau belajar.” Aku […]
Bila Waktu Mereka Belajar?
Oleh: Azwan Irwan Seminggu sudah berlalu, anak-anak Sekolah Alternatif Tawau terpaksa bercuti demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua orang. Setiap hari akan ada sahaja yang bertanya bila mereka akan bersekolah semula, tidak kira murid mahupun ibu bapa mereka. Bagi pandangan aku, anak-anak mahupun ibu bapa mereka ni sebenarnya punya kerisauan yang sangat jelas dari sudut […]
MAHASISWA DAN TRADISI PERUBAHAN
Oleh: Izzat Dahelan “Kita mahu pemulihan dan pembaharuan, bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut daripada tujuan asalnya dan bukannya hendak berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku menjadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan.” Demikianlah seruan perubahan yang telah diungkapkan oleh seorang tokoh reformis Melayu yang terkenal iaitu […]
Sejarah Buku Berbentuk Paperback
Oleh: Syed Ahmad Fathi Apa itu buku? Mungkin objek pertama yang kita boleh katakan sebagai buku mungkin adalah Mesoamerica Codex pada tahun 1,000 AD, yang merupakan kumpulan helaian kertas yang dicantum bersama. Atau mungkin kertas-kertas yang pertama kali dicipta oleh tamadun purba China. Tapi sejarah pembukuan pertama kalinya direvolusikan oleh Johannes Gutenberg pada pertengahan abad […]
|CERPEN| Akhirnya dia menjadi kanak-kanak semula
Oleh: Anasakina Ismail Dalam proses seharian pembelajaran di Sekolah Alternatif Teluk Layan pasti akan terpandang satu sosok tubuh kecil bernama Atirah. Anak kecil berumur 13 tahun yang bagi aku sangat matang dan bertanggungjawab. Tak pernah tidak hadir ke sekolah dan pastinya dia hadir bersama adiknya Nadia yang berumur 11 tahun dan bayi kecil Anirah berusia […]
Anak Terpinggir: Setahun Selepas Graduasi
Oleh: Mukmin Nantang Terlalu cepat masa menginjak aku, tak terbayang langkah demi langkah sekarang aku berpijak di tahun 2020. Teringat ketika benar-benar aku ambil keputusan untuk mendekati anak terpinggir di jalanan Bandar Tawau pada tahun 2015. Anak-anak yang meminta sedekah, menjual kacang goreng dan kuaci ditepi-tepi pintu bank dari pukul enam petang hingga enam pagi. […]
PPSMI; lain yang rosak, lain yang dibaiki
Oleh: Nur Huda Memanjangkan tulisan Rahman Imuda, produk PPSMI yang gagal, juga menyorot semula tulisan professor tersohor, saya ingin menambahkan sedikit rencah ke dalam periuk. Setakat pembacaan saya di dalam riuh rendah perbahasan tentang PPSMI ini, saya dapati balas-membalas hujah ini akhirnya membawa kepada kesimpulan bahawa masalah sebenar ialah pelajar kita gagal menguasai bahasa Inggeris. […]
Falsafah Membaca
Oleh: Syed Ahmad Fathi Pada zaman dahulu, ketika aktiviti manusia masih primitif dan berlegar sekitar melengkapkan keperluan survival hidup, membaca bukanlah merupakan satu skil yang penting. Skil yang penting pada ketika itu adalah kebolehan memburu makanan, mengenal pasti buah yang tidak beracun, juga mengumpulkan tumbuhan yang boleh dimakan. Semakin lama manusia berubah, meninggalkan sistem nomad […]
Tanggal Empat Bulan Satu
Oleh: Noor Tengah hari itu agak mendung. Angin dari Laut China Selatan laju menderu membawa puji-pujian dan doa-doa suci yang dipanjatkan oleh anak-anak Sekolah Alternatif Teluk Layan. Beralaskan tikar getah, tengah hari itu kami solat berjemaah di sekolah berimamkan Azpar, anak cerdas dari kelas A. Samad Said yang berumur 15 tahun. Suasana damai bersama bunyi […]