Komentari ke atas Kritikan Anti-Buku Non-Fiksi Melayu
Oleh: Farahani R. “Sempena PBAKL 2021, aku nak cakap aku takkan pernah beli buku bukan fiksyen Melayu.” Beberapa minggu lalu, saya menemukan sebuah hantaran yang dikarang oleh seorang penulis fiksyen (saya rasa, berdasarkan carian Google). Biasanya saya tidak terlalu peduli dengan kritikan-kritikan literari dari kelompok bukuwan, dan akan skrol sahaja tanpa berfikir panjang. Kritikan literari […]
Selamat Tahun Baru 2020
Oleh: Syed Ahmad Fathi Hari demi hari kita selak, kita telaah dan hayati, akhirnya kita tiba di pagi baru. Kita tutup tahun 2019 untuk memasuki dekad baru. Pagi ini terasa aman, mataharinya bersinar ceria, anginnya lembut mendinginkan jiwa. Mari mulakan dekad ini dengan mencari bahagia, melihat kedalam diri, memberi makna kepada sesuatu yang kita gelarkan […]
Terlalu Membaca Juga Buruk, Guy Montag
Oleh: Farahani R. Catatan pendek ini mungkin akan membangkit rona-rona marah, sesekali makian. Tunggu dahulu, Kapten Beatty ada benarnya. Terlalu membaca juga buruk, Guy. Aktiviti membaca ini sebenarnya adalah suatu amalan yang ekslusif. Tentunya ini tidak bermaksud, ia hanya untuk orang kaya semata-mata. Secara sejarahnya, buku adalah komoditi mahal dan tersirat grandeur buat sesiapa yang […]
Catatan Penulis Bisu 2
Oleh: Hafal Abu Tangan ini, menjadi lebih mudah untuk bergerak bila ianya dipandu oleh rasa kejujuran. Beberapa hari lepas aku baru tersedar. Aku tidak mampu menulis apa pun jika dalam keadaan terlalu gembira, sedih, dan marah. Kosong adalah tapak permulaannya. Seperti permulaan pada nombor, disusuli angka satu dua tiga dan seterusnya. Jari Syahmi akan memetik […]
Kelahiran Kesusasteraan Melayu
Oleh : Yeyen Khoo Bermula dari tahun 1920-an hingga 1940-an, bilangan pengarang dengan perspektif radikal berbanding novel-novel Melayu yang konvensional meningkat. Pemilihan teknik-teknik penulisan dan tema yang baru muncul dalam sejarah Melayu Sastera (Jilid II, 1992) telah mengklasifikasikan ia kepada dua peringkat iaitu peringkat sebelum Merdeka yang merangkumi karya-karya dari tahun 1946-1950-an dan selepas kemerdekaan […]
Catatan Penulis Bisu 1
Oleh: Hafal Abu Kira-kira dua tahun lepas aku menetapkan bahawa aku hanya mampu menjadi penulis yang lebih baik jika aku selami benar-benar lautan hidup dan melihat isi kandungnya tanpa perlu berenang naik ke darat dan memberitahu kepada seluruh kampung dalam keadaan gopoh-gapah. Dan tentang penulis, aku tidak mengimpikan penerbitan sebuah bukupun. Cuma, aku mahu kata-kata […]