TENTANG KITA
Oleh: RoseCitra Sejak dirimu hadir Dalam hidupku Fikiranku terasing Nafasku sukar Mengidolakanmu tanpa henti. Dengar Dengar Dengari aku Apa yang ingin kutanyakan. Apa yang patut kutahu Tentang dirimu? Apa yang patut kutahu Tentang kita? Pergi mimpi Pergi bersama dirimu Kerna kutahu dirimu hanyalah godaan Jelmaan syaitan.
LANGKAH MATI
Oleh: RoseCitra Satu langkah menjunam Memperosokkanku Menghempas tulang-temulangku Bisanya sampai ke seluruh tubuhku. Kerana satu langkah Aku di sini Memasuki ruang kecil Ditemani titisan air Yang seakan menghitung sisa waktuku. Aku parah di sini Suara tercekik lemas Mulut bergetar lalu ternganga Tiada upaya Putaran angin mendesing bersiul Enggan pergi Makin melelahkanku. […]
|PUISI| Rubaiyat Untuk Kalimantan
Oleh: Daniele Speziale Rubaiyat untuk Kalimantan Hutan menangis tanpa bersuara; kita dicuri langit dan udara. Manusia lawan, gaduh, salahkan: kiamat datang pun tak bersaudara. Lihat langit terbuka, itulah kebebasan tapi jerebu jadikan kita tahanan, pandangan bermimpi insan terkurung, terpisah dari ufuk dan perbintangan. Dibakar monyet, dicekik burung, dihalau pribumi, dibersihkan gunung. Kita semua bayar dengan […]
|PUISI| Sesuap hati
Oleh: w. azzuar Alasku setaraf setinggan sekeluarga makan sepinggan Kau tinggal di istana tak tahu apa itu merana Kita berbeza kasta kau berlauk pasta aku berlauk pasrah tetapi sesuap perasaan lebih mengeyangkan kita w. azzuar
|PUISI| Matinya Manusiawi
Oleh: Mukmin Nantang Ketika mata dibuka, telinga dipasang, otak diransang, hatiku diusik, terdetik; Semasa kecil padang main Simbol manusiawi Agama adalah main Bangsa adalah main Asal-usul adalah main Kekayaan adalah main Kehidupan adalah main, main dan main. Tak kita persoalankan; “Apa agamamu? apa bangsamu? Apa asal-usulmu? Apa miskin apa kaya? Apa hitam apa putih kulitmu?” […]
Melawan Depresi Dengan Puisi
Oleh: Syed Ahmad Fathi Suasana di hentian rehat dan rawat pada hari itu sesak, saya bersama seorang sahabat masih menunggu kehadiran kawan kami dari Puncak Alam. Tiba-tiba sahabat saya berubah, pucat mukanya, pantas dia menyuruh saya memegang beg silangnya sambil dia mencari tempat untuk muntah. Dia terkena serangan panik. Selepas dia selesai muntah, saya mengajak […]
|Puisi| Janganlah Ketawa Anakku!
Oleh: Rien Sd Ketika aku melarangmu lahir suara kecilmu sudah kedengaran merengek di kelambu kecil. Duhai, anak yang degil! Sekarang engkau sudah boleh berlari tapi jangan terlalu laju sekarang engkau sudah boleh bermain tapi jangan terlalu riang sekarang engkau sudah boleh melihat tapi jangan lupa berkedip mata sekarang engkau sudah boleh ketawa tapi jangan terlalu […]
|Puisi| Kira-kira
Oleh: Fazrul Azril Ke kiri aku dikira tidak berTuhan ke kanan aku dikira kapitalis ke Tuhan aku dikira ekstremis ke jalanan aku dikira murahan. Begitulah kalian membezakan langsung tidak dibiar sihat keberagaman lihat saja warna meski beragam semua diguna apa bukan kita ini juga sama dititipkan sedikit ilmu dan dibiarkan mewarnakan dunia? Catatan-catatan […]
|Puisi| Konkrit Bisu
Oleh: Fazrul Azril Alam ini tidak pernah membenci, tidak pernah merintih, malah, menyayangi kita, kita ketepikan kesakitan alam, kita tumbuhkan konkrit tebal dan tinggi, alam mulai diam, negeri mulai sunyi, apa lagi konkrit yang kau bina, semua diam dan membisu, menyaksikan kau musnah dibalas bencana. CATATAN CATATAN YANG DIKURUNG RASA MURUNG DAN SENDIRI TENTANG HAL […]
|Puisi| Menjadi Negara
Oleh: Fazrul Azril Luas laungan merdeka kalian, kita sudah beroleh negara sendiri, kita dukung kemerdekaan dari semenanjung ke borneo. Kita jadi negara! Kongsi suka dan bebas! Tetapi. Apa duka juga begitu? Apa duka borneo juga duka kita? Apa kemiskinan borneo juga miskin kita? Apa kemelaratan borneo juga dukungan kita? Apa merdeka cuma jeritan seragam satu […]