|Puisi| Hari Ini

Oleh: NH Hari ini para koruptor ditimbang kezaliman siapa yang kurang kecil dihadiahkan karunia para demonstrator dibimbang keberanian siapa yang kurang kecil dihadiahkan derhaka para agamawan dijulang hukum siapa yang kurang kecil dihadiahkan mulia para wartawan dipandang bohong siapa yang kurang kecil dihadiahkan percaya para penjahat diterjang wang kopi siapa yang kurang kecil dihadiahkan penjara […]

|Puisi| Buat Ibu

Oleh: Syed Ahmad Fathi Kala dunia berkecamuk Masharakat berakal tak berhati mengamuk Manusia bertanya makna ini hari Dia pun memelukku membawa lari Setiap hari berhujan peluru Menusuk merosak masuk ke kalbu Anak kecil disimpan di hati terdalam Jauh dari dunia yang kelam Anak kecil belajar berdiri Dia pun menawar diri menjadi murabbi Mengajar seni tanpa […]

|Puisi| Salju Di Garis Khatulistiwa

Oleh: Fazrul Azril Mungkin salju pernah turun di negeri khatulistiwa ini negeri yang jauh dari garis 4 musim dan membekukan kemanusian, humanisasi, cinta, fizik dan suara kita, mereka berdakapan kesejukan dan ketakutan. Kerna yang cair cuma korupsi, kerusuhan, jerit pekik benci, dan keberuntungan sendiri, lalu mereka membentuk negeri yang ngeri.   CATATAN CATATAN YANG DIKURUNG […]

|Puisi| Puas

Oleh : Aisyah Hakimi Ada yang berkereta mewah, baru berasa puas. Ada yang ‘berkereta’ sahaja, sudah berasa puas. Ada yang makan salmon, baru berasa puas. Ada yang makan kembung, sudah berasa puas. Ada yang bergelang emas, baru berasa puas. Ada yang bergelang getah, sudah berasa puas. Ada yang berumah agam, baru berasa puas. Ada yang […]

|Puisi| Islamkah Tuhan?

Oleh : Muhammad Julazman Bin Jupri   Engkau sering mempersoalkan engkau sering mempertikaikan kewujudan agama dalam TuhanMu.   Tuhan mencipta agama apa Tuhan perlu duduk dalam ciptaanNya?   Engkau manusia sehebat mana zat dua benua tidak akan pernah menyatu.   Islamkah Tuhan?   Pejamkan mata. Diam.

|Puisi| Guru Bangsa

Oleh: Mukmin Nantang Hai guruku sayang yang menjadi cermin masa depan sebuah negara. Masih kuingat sejarah guru menyalakan api kemerdekaan dikata penghianat oleh pemerintah dikata gila oleh rakyat biasa disisih dan dihina. Guru bukan ahli politik namun gurulah yang membela nasib bangsa di kala pemerintah salah guna kuasa. Guru bukan peguam bela atau hakim petah […]

|Puisi| Ketika Kau Tak Lagi Bertanya Mengapa

Oleh: Hidayu Hatta ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak kebuluran mahu jadi pencuri ibunya tak sempat mengajarkan rahmat Tuhan untuk orang lapar juga tentang neraka pembakar orang-orang yang tak bayar hutang membeli susu bayi-bayinya ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak tujuh tahun menghisap gam bapanya tak sempat mengerjakannya malam tadi dikerjakan […]

|Puisi| Simpang Itu

Oleh: Mohd Rosyaidi Meneguk secangkir kopi merasa kejujuran rasa pahit yang memang ditunjukkan daripada warnanya. Tapi terkadang penipuan juga terasa kerana sedikit manisnya di sebalik warna kelam daripada kopi itu. Begitu jugalah jika mata ini melirik ke arah simpang itu. Simpang yang menjadi jalan untuk kedua kaki ini yang tidak kurang pahit cabarannya. Namun dari […]

Menulis Puisi itu Harus Seronok

Oleh: adiHJ “Menulis puisi itu seronok.” Kata entah siapa di dalam mimpi saya beberapa hari lalu. Yang saya tahu, dia orang tua berbaju putih dan berjanggut tebal. Yang saya yakin, dia bukan wali atau jelmaan setan atau Gandalf atau Dumbledore apatah lagi A. Samad Said. Selepas terjaga, kata-katanya itu buat saya berfikir, apa yang trigger […]

|Puisi| Sampai Bila?

Oleh: Rien Sd Sampai bila? Kami tanpa pendidikan tanpa rumah tanpa negara tanpa segala-gala tiada yang percuma ketawa bermain bercanda tersorok-sorok. Sampai bila? Kami dijaga-jaga dimanja-manja kami bukan anak kecil yang tak berani mengharung cuma kami terkurung. Sampai bila? Orang simpati tak melepaskan kami kembali ke komuniti berendam dalam tradisi menyimbah amuk dengan muluk-muluk budaya. […]