MEMIKIR SEJENAK SEKSA KEMISKINAN DAN KECELAKAAN JELMAAN POLITIKUS TAMAK

Oleh: Izzat Dahelan Kekayaan melimpah. Kemiskinan melimpah. Darah melimpah. Ludah menyembur dan melimpah.(W.S. Rendra) Beberapa hari lepas telah dibentangkan berkenaan Belanjawan 2021 yang bertemakan “teguh kita, menang bersama” oleh YB Senator Tengku Dato’ Zafrul Tengku Abdul Aziz di dewan parlimen. Malam tadi sebelum tidur aku mendapat perkhabaran bahawa PKP akan dipanjangkan sehingga Disember 2020. Pagi […]

Dari Anak Sabah, Tentang Musa Aman

Oleh: Farahani R. Ramai orang kurang faham kenapa aku kesal dengan berita terlepasnya Musa Aman tu. Mungkinlah pengalaman aku sebagai anak Sabah, born and bred, hidup membesar hingga mendewasa di negeri bawah bayu ni boleh lakarkan rasa aku tu di minda kalian. Musa Aman bukanlah figur yang boleh dikatakan “terhormat” dalam mindaku. Kalau penyokong parti […]

|CERPEN| Mana IC kau?

Oleh: w. azzuar         Pojok belakang bas Likas – KK berwarna putih biru, menuju rumah pada saat KK berwarna jingga. Bas singgah di perhentian bas Karamunsing. Tapi, kali ini lama. Aku mengangkat kepala menjenguk ke luar seperti mengintip aib-aib manusia. Apa yang berlaku?         “Aduh!! Matai!!” ayat pertama muncul setelah tahu misteri berhentinya bas ini. […]

PKP di Sabah: Menyikap Nasib Komuniti Terpinggir & Peranan Masyarakat Sivil

Oleh: Rien Sd Sandakan, Sabah – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 adalah keputusan yang baik dan cermat. Namun begitu, pelaksanaan PKP di Sabah terutamanya di Sandakan telah menyebabkan banyak komuniti kurang mampu dan teringgir dalam kalangan masyarakat tanpa dokumen, migran Filipina dan Indonesia, pelarian dan komuniti tanpa negara terjejas teruk dari […]

Menjawab Idealisme Orang Borneo dalam Politik Malaya

Oleh: Farahani R. Saya terpanggil untuk memanjangkan persoalan yang membibit imaginasi saya mengenai kedudukan orang Borneo dalam politik Malaya, sepertimana yang pernah disiarkan dalam Sin Chew bertajuk “Let Sabah and Sarawak be the kings, not just kingmakers” pada 29 Februari 2020. Ketika ini kita sedang bergelut tahu dan faham mengenai situasi Kabinet pada ketika itu, […]

Kenapa Sabah akan Terus Miskin?

Oleh: Jefry Musa Baru-baru ini saya telah ditemubual oleh wartawan daripada Utusan Borneo sekitar permasalahan dokumentasi di Sabah. Dalam temubual itu saya ada menekankan bagaimana naratif masalah dokumentasi ini lebih tertumpu kepada perbincangan keselamatan daripada kesan kepada ekonomi, terutamanya pada tingkat gaji penduduk di Sabah. Namun timbul sedikit rasa bimbang akan kenyataan saya itu ditafsir […]

Oral Polio Vaccine (OPV) untuk anak-anak Sabah

Oleh: Nur Huda Polio kembali lagi! Benar. Ini bukan cobaan. Ini benar-benar berlaku. Anda tidak salah dengar. Berlaku di negara kita -Malaysia, menjelang tahun 2020, tahun yang penuh wawasan. Ketika mendapat khabar tentang kes jangkitan polio di negara jiran kita Filipina, kita sudah boleh menduga, cepat atau lambat, ia akan sampai ke tempat kita juga. […]

Hikayat Badak Sumatera Tiga Sekawan

Oleh: Nur Huda Tarikh 23 November 2019 akan dikenang oleh warga konservasi hidupan liar apabila Iman, badak Sumatera betina terakhir di negara kita telah mati pada pukul 5.35 petang, di Borneo Rhino Sanctuary  di Tabin, Sabah. Kematian Iman mencatatkan sejarah kepada negara kita di mana pada tarikh ini, dengan rasminya badak Sumatera telah pupus sepenuhnya […]

Memahami Kelompok yang Enggan Bernegara Malaysia

Oleh: Farahani R. Isu ini pedas untuk diperkatakan, sehinggakan saya teragak-agak menulis isu ini pada mulanya. Kes kelompok yang enggan berdiri hormat ketika lagu Negaraku didendangkan menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Ramai marah dan mengecam tindakan ini, dan ini membawa saya semula ketika pemain bola keranjang berkulit hitam di Amerika juga enggan berdiri hormat ketika […]

Perjalanan

Oleh: Noor Aku perlahan-lahan menutup buku latihan Bahasa Melayu Tahun 1, sambil mengemas barang-barang mengajar yang merata-rata di atas meja belajar. Anak-anak murid kelas A Samad Said juga sibuk mengemas barang-barang mereka. Kelas Bahasa Melayu pada hari Sabtu minggu kedua September baru sahaja tamat. Cuaca di Teluk Layan terik seperti biasa tetapi ia datang bersama […]