GABUNGAN GURU ALTERNATIF MENAWARKAN KHIDMAT MEMUDAHCARAKAN BANTUAN BENCANA DARIPADA KERAJAAN KEPADA MASYARAKAT TERPINGGIR DI NEGERI SABAH
1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah langkah terbaik untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 di antara rakyat Malaysia. 2. Namun begitu, rakyat terpinggir seperti masyarakat pedalaman, masyarakat pulau, pelarian, gelandangan dan warga tanpa dokumen di Sabah mendapat impak yang sangat besar dari sudut bantuan makanan, kesihatan dan maklumat. 3. Masyarakat pedalaman […]
Anak Terpinggir: Setahun Selepas Graduasi
Oleh: Mukmin Nantang Terlalu cepat masa menginjak aku, tak terbayang langkah demi langkah sekarang aku berpijak di tahun 2020. Teringat ketika benar-benar aku ambil keputusan untuk mendekati anak terpinggir di jalanan Bandar Tawau pada tahun 2015. Anak-anak yang meminta sedekah, menjual kacang goreng dan kuaci ditepi-tepi pintu bank dari pukul enam petang hingga enam pagi. […]
Tanggal Empat Bulan Satu
Oleh: Noor Tengah hari itu agak mendung. Angin dari Laut China Selatan laju menderu membawa puji-pujian dan doa-doa suci yang dipanjatkan oleh anak-anak Sekolah Alternatif Teluk Layan. Beralaskan tikar getah, tengah hari itu kami solat berjemaah di sekolah berimamkan Azpar, anak cerdas dari kelas A. Samad Said yang berumur 15 tahun. Suasana damai bersama bunyi […]
Perjalanan
Oleh: Noor Aku perlahan-lahan menutup buku latihan Bahasa Melayu Tahun 1, sambil mengemas barang-barang mengajar yang merata-rata di atas meja belajar. Anak-anak murid kelas A Samad Said juga sibuk mengemas barang-barang mereka. Kelas Bahasa Melayu pada hari Sabtu minggu kedua September baru sahaja tamat. Cuaca di Teluk Layan terik seperti biasa tetapi ia datang bersama […]
KENYATAAN RASMI CAHAYA SOCIETY
RESPON KEPADA KENYATAAN YB MENTERI PENDIDIKAN BERSANGKUT ISU KANAK-KANAK TANPA DOKUMEN DI SABAH Merujuk kepada kenyataan YB Dr. Maszlee Malik (Menteri Pendidikan Malaysia) yang diterbitkan dalam Berita Harian pada 3 Oktober 2019 sempena sesi town hall bersama warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS. Cahaya Society menyambut baik kesungguhan kerajaan dalam mendepani isu […]
Berapa Lama Lagi Kita Harus Membayarnya Dengan Air Mata?
Oleh: Jefry Musa Bagaimana sambutan perayaan kalian tahun ini? Adakah badan dibalut dengan kain cantik dengan pelbagai wangi-wangian? Adakah rumah dihias dengan lampu ‘lip lap’ berwarna-warni? Adakah dapur dihidang pelbagai juadah resepi teristimewa? Bagaimana pula dengan jumlah tetamu yang hadir? Memuaskan? “Rumah siapa aku boleh melawat raya ini?” Soalan ini mungkin tidak menakutkan bagi kita, […]
Belajar dan Mengajar
Oleh: Mohd Azwan Irwan Aku sudah mula faham betapa pentingnya kasih sayang untuk seorang kanak-kanak. Sepanjang mengajar di Sekolah Alternatif Tawau, dapat aku rasakan kasih sayanglah yang semakin hari semakin tumbuh di antara aku dan anak-anak muridku. Bagi aku, anak-anak seperti mereka adalah anak-anak yang paling menghargai kasih sayang. Aku pernah mendapat teguran ataupun mungkin […]
Awal Buatku
Oleh: Achmad Fatkur Raziq Semua kita mahu hidup yang lebih sempurna, semua orang inginkan hidup yang bahagia, semua orang inginkan kemewahan. Tapi di dunia atas air ini aku banyak melihat bagaimana medan lautan menjadi satu medan pertempuran antara hidup dan mati. Yang kedua adalah makanan dan kehidupan. Aku mula bergerak dari Kota Marudu ke Semporna […]
Di Belakang Seni Ada Cerita Dan Cinta
Oleh: Aimie Henry Tan Kelmarin serasa ada terlihat di dada skrin komentar rawak orang-orang di luar sana — mengajar katanya juga proses belajar. Baik, simpan untuk rujukan ke depan. Saat anak-anak sudah beranjak pulang meninggalkan sekolah begini, sunyi merangkak masuk ke semua penjuru ruang. Imbas muka. Di ruangan ini tadi ada beberapa tangan-tangan kecil yang […]
Melawan Perobohan Rumah Penduduk Kampung Teluk Layang
Oleh: Wan Zawawi Kampung Teluk Layang Kampung Teluk Layang merupakan kampung angkat bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) terutama kepada mereka yang gemar melakukan kerja-kerja kesukarelawanan dan aktivisme dalam menjalankan misi kemasyarakatan. Kampung ini didiami oleh suku bangsa Bajau dan juga Suluk yang mana dalam suku bangsa Bajau itu terbahagi kepada beberapa suku bangsa Bajau […]