Tag: Syed Ahmad Fathi

  • Falsafah Membaca

    Falsafah Membaca

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Pada zaman dahulu, ketika aktiviti manusia masih primitif dan berlegar sekitar melengkapkan keperluan survival hidup, membaca bukanlah merupakan satu skil yang penting. Skil yang penting pada ketika itu adalah kebolehan memburu makanan, mengenal pasti buah yang tidak beracun, juga mengumpulkan tumbuhan yang boleh dimakan. Semakin lama manusia berubah, meninggalkan sistem nomad…

  • Sistem Modular & Mengapa Nasionalisma Mungkin Ada Gunanya

    Sistem Modular & Mengapa Nasionalisma Mungkin Ada Gunanya

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Jika hendak dirumuskan kitab Economyth tulisan David Orrell, saya akan katakan ia sebagai manifesto sistem ekonomi baru. Orrell mencabar aksiom-aksiom ekonomi konvensional yang masih berkiblatkan teori neo-klasikal yang sudah terbukti pada banyak ketika gagal menyelesaikan masalah manusia. Orrell yang merupakan ahli matematik mengkritik pemahaman ekonomi yang dilindungi oleh persamaan-persamaan matematik yang…

  • Menapis Berita di Era Limpahan Informasi

    Menapis Berita di Era Limpahan Informasi

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Kita mungkin pernah dengar frasa-frasa baru seperti “jangan percaya apa yang kamu baca di media sosial”, frasa yang tidak wujud 20 tahun lampau dimana informasi hanya disalurkan melalui beberapa saluran berita melalui surat khabar, televisyen, atau radio. Saluran-saluran sempit ini biasanya dilesenkan oleh kerajaan sebagai instrumen mengawal minda dan pemikiran masyarakat.…

  • Harga Sebuah Kritikan

    Harga Sebuah Kritikan

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Pernah satu ketika datang seorang tua kepada saya. “Apa kredibiliti kamu hendak menulis perihal politik, kamu bukan punya PhD dalam bidang politik,” katanya. Mungkin beliau membaca omelan-omelan, kritikan dan pandangan saya perihal politik. Pertama, bagus juga, sekurang-kurangnya saya tahu ada orang yang membaca tulisan saya. Kedua, agak ironik jika ita katakan…

  • Selamat Tahun Baru 2020

    Selamat Tahun Baru 2020

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Hari demi hari kita selak, kita telaah dan hayati, akhirnya kita tiba di pagi baru. Kita tutup tahun 2019 untuk memasuki dekad baru. Pagi ini terasa aman, mataharinya bersinar ceria, anginnya lembut mendinginkan jiwa. Mari mulakan dekad ini dengan mencari bahagia, melihat kedalam diri, memberi makna kepada sesuatu yang kita gelarkan…

  • Satu Idea Memerlukan Dua Sayap

    Satu Idea Memerlukan Dua Sayap

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Malam itu Seetal datang ke mejaku. Mungkin dia bosan, atau mungkin dia sudah mengantuk jadi dia mencari kawan untuk berbual bagi menghilangkan rasa mengantuknya. Aku pun tidak banyak kerja berbaki, jadi aku layankan sahaja. Kerja shift sebelah malam sehingga dua pagi memang mengantuk, terutamanya dua jam terakhir, sampai bilik sewa pasti…

  • Wawasan Kesihatan Neoliberal 2020

    Wawasan Kesihatan Neoliberal 2020

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Masyarakat kita hari ini dilamun isu-isu seperti abu mayat Chin Peng dan lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Cina. Yang terbaru mungkin pergaduhan dan perpuakan yang sedang berlangsung dalam sebuah parti yang terkenal dengan acara baling-membaling kerusi setiap tahun. Media, baik media digital mahupun cetak setiap hari mengipas isu-isu seperti ini.…

  • Melawan Depresi Dengan Puisi

    Melawan Depresi Dengan Puisi

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Suasana di hentian rehat dan rawat pada hari itu sesak, saya bersama seorang sahabat masih menunggu kehadiran kawan kami dari Puncak Alam. Tiba-tiba sahabat saya berubah, pucat mukanya, pantas dia menyuruh saya memegang beg silangnya sambil dia mencari tempat untuk muntah. Dia terkena serangan panik. Selepas dia selesai muntah, saya mengajak…

  • Menilai Semula Kontrak Suami-Isteri

    Menilai Semula Kontrak Suami-Isteri

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Saya meneguk teh-o kosong tanpa gula dengan perlahan sambil mendengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Syazmil (bukan nama sebenar). Beliau menceritakan perihal rumah tangganya. Bagaimana dia berkahwin dengan isterinya yang jauh lebih muda darinya, dia menceritakan pada ketika itu isterinya baru mula bekerja setelah tamat bersekolah. Baginya isteri tempatnya di rumah…

  • Membaca Buku Perihal Keibubapaan

    Membaca Buku Perihal Keibubapaan

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Antara buku menarik perihal memahami emosi dan psikologi anak-anak adalah buku Brainstorm tulisan Daniel Siegel. Memahami anak-anak adalah penting bagi kita mendidik mereka. Tapi sebelum mendidik kita seharusnya dididik, disini lahirnya keperluan membaca buku perihal keibubapaan. Kita belajar matematik, sejarah, pendidikan seni, sains, thermodinamic, visual basic dan pelbagai matapelajaran lain di sekolah dan universiti. Tetapi kita…