Oleh: Hafiz

YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) TERUS MEMBISU.

Dah berkali kali kau buat lagi, tolong, tolong…
Isu kaedah pengagihan wang pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang terlalu lama telah berlaku sejak 2005 hingga kini tapi tiada sebarang tindakan dan perubahan dilakukan. Dasar lampau yang digunakan memudaratkan pihak peminjam. Kecekapan pengurusan YPJ haruslah dipertingkatkan.

KRONOLOGI ISU
Setelah keputusan peperiksaan telah dikeluarkan oleh pihak universiti, pelajar harus menghantar keputusan itu kepada pihak YPJ, sama ada melalui emel atau menyerahkan salinan keputusan terus ke pejabat YPJ. Proses 30 hari bekerja akan diambil oleh pihak YPJ untuk mengagihkan wang kepada pelajar.

INILAH PROSEDUR AGIHAN WANG
30 hari bekerja ini terlalu lama, boleh makan masa hingga 2 bulan atau 2 bulan setengah apabila dicampur dengan cuti umum. Jangka masa 30 hari bekerja adalah terlalu lama dan memberi impak buruk kepada peminjam.

Secara terperincinya begini :

  1. Semester dibahagikan kepada dua dalam setahun.
    i. Pertama : September hingga Januari.
    ii. Kedua : Februari hingga Jun.
  2. Masalah berlaku apabila:
    i. Pada semester kedua iaitu apabila tamat semester satu pada pertengahan bulan Januari (Semester terkini iaitu 17 Januari 2019).
    ii. Pensyarah akan mengambil masa untuk memuat naik keputusan ke dalam sistem dalam jangka masa dua minggu ke tiga minggu.
    iii. Pihak senat universiti pula harus bermesyuarat untuk meluluskan (turut memakan masa).
    iiii. Kemudian beberapa birokrasi universiti yang menelan masa yang banyak.
    v. Setelah keputusan keluar, pelajar terus menghantar keputusan kepada YPJ.
    vi. Sayangnya, masa 30 hari proses bekerja harus diambil dan akan mengakibatkan kelewatan sehingga bulan April (berlaku pada semester yang lepas, akibat daripada 30 hari bekerja dan cuti umum).
  3. Kesannya terlalu banyak untuk saya huraikan di sini. Apabila wang pinjaman didepositkan pada pertengahan semester. (Bulan April merupakan pertengahan semester)
    I. Bagaimana pelajar ingin memulakan semester, dengan ketiadaan wang?
    II. Ada pelajar yang terpaksa mengikat perut dan meminjam wang rakan-rakan lain.
  4. Untuk makluman, Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan sistem yang memudahkan pelajar.
    I. Pelajar tidak perlu menghantar keputusan kerana pihak universiti sendiri yang akan menghantar keputusan.
    II. Wang pinjaman akan didepositkan pada sebelum mula semester atau paling lewat pada minggu pertama semester (tak sampai pertengahan semester).
    III. Perbezaan antara PTPTN dan YPJ adalah urusan birokrasinya ataupun bahasa mudahnya akses yang boleh dilakukan oleh PTPTN tidak dapat dilaksanakan oleh YPJ.

Isu kekurangan kecekapan pengurusan ini amatlah mudah untuk diselesaikan.
Namun, kenapa perkara ini masih didiamkan? Dari 2005 hingga kini masih menggunakan dasar pengagihan selepas 30 hari bekerja setelah keputusan dihantar?

Sejak kerajaan lama sehingga kerajaan baru, dari Ahli Lembaga Pengarah YPJ Ketua Bahagian UMNO hingga bertukar kepada Ketua Bahagian PPBM.
Di manakah dan siapakah yang harus peka akan keperitan yang dilalui oleh golongan peminjam?
Adakah perkara ini tidak dipandang serius kerana golongan peminjam adalah golongan yang memerlukan dan tiada kepentingan lalu harus berdiam diri membisu angkara takut wang pinjaman ditarik semula?
Ataupun golongan peminjam adalah mereka yang tidak punya apa-apa kuasa?
Kepada siapakah lagi harus perkara ini diadvokasikan?

Surat rasmi telah dihantar kepada semua hingga ke Menteri Besar yang merupakan sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah.
Sampai bila perkara ini harus dibiarkan?
Solusinya, cadangan saya agar pelaksanaan kaedah proses pengagihan 30 hari bekerja dapat dikaji semula dan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang cepat bagi mengelakkan masalah yang sering berlaku dalam kalangan mahasiswa.


I. Dipercepatkan kepada 7 hari bekerja.
II. UTHM dan YPJ menjalankan kerjasama yang lebih luas.
III. Masalah pelajar dapat diatasi kerana peminjam meminjam atas dasar memerlukan.
Mohon solidariti semua agar perkara ini tidak dibiarkan sepi dan terus menyepi!

HAFIZUDDIN HASSAN
Mahasiswa UTHM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *